perniagaan internet

Untuk Menerima Email dari Saya Isikan Form Ini

Name:

Email:

Forum Baru DiLancar

Tepat jam 11:54pm 9July saya melancarkan satu forum di alamat http://www.benithmail.com/Forum bagi menjadi tempat untuk berkenalan dan berbicara pada topik2 yang disediakan. Ada ruangan bagi peminat kereta ada juga ruangan bagi staff dan pelatih ILJTM berinteraksi.
Harapan saya forum ini dapat menyumbang serba sedikit pergembangan IT dikalangan kita semua.
Untuk itu klik Forum untuk saya bawakan anda kesana.Daftar dan berforum lah disini.
Terima Kasih.

Duit Dari Tel….

Program Terhebat Dan Terkini untuk semua pengguna telefon.
TANPA YURAN PENYERTAAN, TANPA RISIKO, HANYA GUNAKAN ‘AIRTIME’ UNTUK MEMBUAT PANGGILAN, ANDA SUDAH BOLEH MENJANA WANG MELALUI TELEFON ANDA. BOLEH DIGUNAKAN DISEMUA TALIAN ‘POSTPAID’, ‘PREPAID’ DAN TALIAN TETAP KEDIAMAN ATAU BISNES.
Benarkah?
Anda ada hak untuk mencubanya.Tidak salah kita mencubanya.(Lagi pun kita tak rugi apa2 pun).
JIKA ANDA MENGGUNAKAN TELEFON TANPA MEMPEROLEHI APA-APA PULANGAN ANDA TERGOLONG DALAM GOLONGAN ORANG YANG RUGI..
BERTINDAK SEGERA KERANA PENDAFTARAN PERCUMA
HANYA SMS (td reg ) DAN HANTAR KE 0194294734

Keterangan lebih lanjut dapatkan dari sini.

Ok..kita jumpa lagi di lain coretan.Bye bye.

Kahwin oh kahwin!

“Kahwin…kahwin…kahwin
nikah dan kawin….
bukan lah hai mudah
perkara mudah….”

antara lirik lagu Ahmadi Hassan berkisar tentang kahwin.
Perkahwinan adalah penyatuan sebuah cinta.Benarkah?Ya! cintalah yang menjadi asas pembinaan sebuah perkahwinan.Tanpa cinta,tidak kan terbina mahligai perkawinan itu.Eh bagaimana dengan yg bercinta tetapi tidak dapat bersama membina bahagia di mahligai perkahwinan?Oh! kerana cinta tidak semestinya bersatu.kerana cinta buat kita rasa bahagia walaupun kita tidak dapat bersama.Percaya lah….pasti kita kan ketemu juga cinta yang menjadi asas mahligai hidup kita kelak.Emm! bagaimana pula yg berkahwin dengan pasangan yg bukan dicintainya?.Jangan ditangisi jangan disesali….sesungguhnya cinta itu ada cuma ia dibayangi cinta lama atau sikap kita yang belum sedia terimanya.Redhai lah! percaya satu masa kita sedar akan kewujudannya. Read more »

hobi + alatan x cari peluang / masa = pendapatan tambahan

Benar ke formula ni?(matematik tidak pernah berbohong,Tapi kita yang mengatur hidup menjadi keliru).
Emm tu intro coretan pagi ni…awal bangun pagi ni sbb nak study sikit2.Pagi ni ada exam:).
Eh formula pe tadi tu?

O ni kaitan hobi saya yang agak baru ni….suka akan video.Seperti dalam coretan lepas,saya idamkan camera video Panasonic tu.Tak sangka dengan bantuan rakan,saya sudah pun berjaya memilikinya malahan dapat memiliki model yang lebih baik dari model asal.(siap 3CCD tu…).Model NV-MD10000EN.Syukur dah berjaya mengorak langkah pertama.Terima kasih teman.(Bayar bulan2 beb ngan kawan2…).

Lantaran itu,kami lancarkan ’scene image production’ untuk menambah pendapatan kami merakam event2 yang dikehendaki pelanggan.(sekarang kena pandai cari peluang ler-gandakan promosi).Dan masa pun terpaksa ler kami bahagikan dengan baik.(kerja hakiki tidak boleh diabaikan).

Kalau hendak buat majlis perkahwinan atau majlis hari jadi ker panggil ler kami.Fotografi boleh videografi pun boleh :)

Ok ler…nak baca nota lak ni…nanti blur lak kan dewan exam.Jumpa lagi di lain coretan.Arios!!!

….antara….

Apa hendak di tulis ye?emm mcm2 sebenarnya tapi…tak tahu mana nak diceritakan dulu…antara kegagalan dan keceriaan,antara ikhtiar dan kepenatan, antara usaha dan masa kesuntukan…..
Make it simple! .Oh ok…mula2 tahniah kepada rakan yang baru membina blognya.Emm pasal hobi memancing nampaknya.Jgn silap pancing ‘kerapu mulut merah’ Miri sudah ler…hehe.Jenguk2 ler blog dia… http://ekhciban.blogspot.com.
Hari ini aku mengantuk sangat.Terlelap time lunch tadi. Semuanya gara2 menyiapkan Vcd org kawin.Ptg semalam siap…Sayangnya dari 4 keping VCD yang aku beri,3 keping sangkut2 pada minit2 akhir.Dan 3 keping cd ni aku beli kat PC Fair Ipoh.(nak murah punya pasal…huh ambik kau…).Terpaksa aku ganti balik 3 keping tu.
Adus…tugasan Pengarah suruh aku buat(iklan paper) masih tak siap walau idea dah ada. Tak tahulah napa PC aku bermasalah bila aku install Photoshop(kedai gambar?).Aku ingat mungkin cd intaller tu yang punya pasal,Tadi aku pergi ler beli cd Photoshop lain,try install tapi serupa juga….mungkin pc aku yang masalah kot.(Puan…tak leh beli bagi saya CD ori ker?haarap saya,yang cetak rompak je ler yang sya mampu beli…hehe).
Mcmna sekalipun mlm ni aku kena siapkan juga drafnya,esok aku nak hantar ke pengarah.Sebabnya…..
Ptg esok aku nak ambik anak sulong aku dari kampung dan terus nak bawa dia pergi jumpa mama dia.Rindu kat dia.Dan aku akn bercuti sehingga 25hb ni di sana.Sambil2 tu boleh ler aku fikir2kan bagaimana cara untuk aku dapatkan juga Video kamera Panasonic NV-MD9000EN ni. Harga RM4900 tapi ada fungsi Pro.(mana leh pakai videocam Samsung aku tu je,kena le upgrade sikit dah nak serius ceburi bidang ni.).Tahniah untuk bisnes partner aku,Subhi dapat juga dia membeli Digital Kamera Canon D50 kalau tak silap.Walau pun 2nd hand tapi dapat perbagai xsesori tambahan lain yang semuanya mencecah harga RM6000. Selepas tawar menawar dengan Haji Nan(T) dari ASFONS dapat lah Subhi membeli dengan harga RM3500.
Nak tgk web ASFONS?ok…klik http://www.asfonselangor.com .
Jumpa lagi…(hendak balik cepat,hendak sambung buat iklan JTM tu lak.Nak cuba install Photoshop kat PC di rumah lak).
Ok Roger!

Siri BikinSendiri

Alhamdulillah…ptg ni aku dapat siapkan sebahagian dari siri ebook yang bakal terbit. Siri BikinSendiri ini pada perancangannya akan mengandungi beberapa ebook manual yang dapat membantu pembaca mendalami sesuatu ilmu yang di bincangkan. Untuk siri pertama ini aku akan terbitkan manual menerbitkan VCD.So,nanti aku akan pastekan URL bagi mengetahui tentang siri2 ebook ini.
Emm bila ingat2 orang yang dah berjaya dalam E-Bisnes ni,terasa betapa kerdilnya aku kerana lambat merebut peluang ini. Nasib baik Saifulsham menyedarkan saya.(melalui pembelian buku terbitan mereka yang di beli secara tidak sengaja di Alamanda). Mereka masih berstatus pelajar di UTP Tronoh (sekarang praktikal),namun sudah berjaya dalam E-Biz ini. Harap aku tidak terlalu tua untuk ceburi bidang yang menawarkan 9/10 rezeki ini. emm kalian para pembaca blog ini pun saya syorkan menyertai dunia perniagaan samada offline atau online(konvensyonal atau moden/IT). Opss! sebelum terlupa…Siri BikinSendiri ini turut menawarkan peluang menambah pendapat dengan cara menyertai kami melalui sistem affiliate yg akan saya bangunkan sekali serentak dengan pengeluaran ebook ini. Mari lah kita bersama2 berjaya didalam dunia E-biz ini. Ayoh!

Mcm2 Dlm Fikiran

Hari ini rasa hendak buat semua,tapi mcm kesuntukan masa je. Ebook nak buat,Video editting nak kena buat(4 tape dok tunggu…),kerja hakiki lagi(mengajar ler apa lagi…).

Emm balik lambat lagi ler nampaknya hari ni. Selalu macam ni ler aku…waktu ofis hour aku wat keje hakiki. Lepas pkl 5,dalam 2 jam aku wat semakan tugas. Apa yang telah dan perlu dibuat untuk hari berikutnya. Dan jika tak letih…aku akan buka email baca dan reply mana yang patut. Selain dari itu,dah pkl 8 ni ler baru mood untuk kekreatifan tu datang. Masa ni tumpuan untuk Editing video ler,update web ler,berfikir dan menulis ler….mcm2 ler. Masa ni baru otak aku berfungsi 10% rasanya.(Tun Mahathir pun baru guna 18% je mengikut kajian). Kita ni terlalu sedikit menggunakan otak. Tidak menggunakan sepenuh kekuatan otak kita.Kalau ler kita guna 50% ler dari keupayaan otak kita…kalau ler….:)
Oh! cuti minggu lepas tak settle lagi.Tapi PA Pengarah tadi kata boleh settle,thx:).
Emm hari ini hari kedua pelatih ILP Ipoh menduduki peperiksaan akhir.Harap pelatih ICT dapat menjawap dengan baik.Moga mereka faham bahawa mereka adalah harapan keluarga dan negara.Sentiasa aku jelaskan dan motivasikan mereka akan pentingnya peranan mereka.Biar mereka fikir panjang sebelum melakukan sesuatu perkara.(itu pun jika mereka ingat/kenang akan nasihat aku tu yang dah berbuih mulut aku pagi2 bagi motivasi kat depa).

Aku tertarik dengan usaha seorang remaja berumur 16tahun yang sudah mempunyai perniagaan maya sendiri.Mlm tadi aku beli produknya,tanda sokongan padanya.Ebook cara instalasi sistem affiliate.(aku dah ada sebenarnya).Hebat! Fikiran nya mematangkannya.Sedang remaja seusianya bersuka-sukaan dengan rakan menghabiskan masa tapi beliau bertungkus lumus menjayakan bisnes nya.Tahniah Adly aka Labanon.