Cuti-Cuti Bersama Famili
Setelah beberapa kali menunda perancangan disebabkan kesibukan masa akhirnya hajat bawa mak abah ke Langkawi tertunai juga. Alhamdulillah rezeki yg ada ni aku kongsi kan dengan semua famili aku. Percutian kali ini diuruskan oleh blogger Zzienz.Terima kasih kerana menjadikan percutian kami lebih terancang,yg penting semua dalam bajet asal;). Pada awal pagi 25hb oct kami bergerak dari Ipoh dengan 2 buah kenderaan. Aliff adik aku membawa mak dan abah manakala aku sekeluarga dengan kereta yg berasingan.Berhenti di Hentian Gurun untuk bergabung dengan Liza adik perempuan aku sekeluarga. Teruskan perjalanan hingga ke Jeti Kuala Kedah yang agak sesak sempena cuti perayaan Deepavali. Jam 11:30 feri mula bergerak menuju ke Jeti Kuah.Penat….sampai tertido di dalam feri tu. Kebetulan masih dalam kursus di PJ sebenarnya,jadi habis kelas petang jumaat tu terus bergegas balik ke Ipoh. Awal pagi dah gerak ker Langkawi…… Read more »
















