perniagaan internet

Untuk Menerima Email dari Saya Isikan Form Ini

Name:

Email:

Selamat Datang Ramadhan Al-Mubarak

Ramadhan tiba lagi.Berbahagia lah orang2 yang beriman.Selamat menjalani ibadah puasa.Ops jangan cari jalan nak kata gastrik lak ye.

Do’a malaikat Jibril menjelang Ramadhan ” “Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

Read more »

Malam Pertama

 

 

Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?’

Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama’ serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza.

‘Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?’ Read more »

Dari Dia Kita Datang….

Innalillah….

Sesungguhnya setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - “Kullu nafsin zaiqatul maut” Firman Allah.

Dalam 2 purnama ini keluarga saya diduga dengan kembalinya 2 saudara terdekat ker Rahmatullah.Pada 30hb Dec yg lalu(sekembali aku sekeluarga dari Melaka),bapa saudara aku meninggal dunia di Slim River.Bergegas aku membawa emak ke sana,walau letih masih tak hilang.Kehilangannya tidaklah begitu menyentuh perasaan kerana pertamanya arwah sudah berumur.Keduanya arwah adalah ipar kepada mak,jadi kami kurang mesra.

Namun baru2 ni semasa aku berkursus di Sarawak.Sedang aku minum malam bersama rakan2 aku menerima panggilan tel dari isteriku mengatakan abgnya sedang nazak di Hospital Taiping.Hah! terkejut aku…usianya baru lepas 2 hari 39tahun.Anak2 masih kecil.Dia meninggal kerana terdapat darah beku dikepala akibat dari tekanan darah yg melampau(High Blood Pressured). Aku terkedu seketika waktu tu…Aku biarkan masa berlalu begitu saja,teman2 tidak ku layan,panggilan tel tidak kujawab apatah lagi msg yg singgah ke tel aku……

Macam2 berada di fikiran aku…rasa kesal sangat kerana tidak dapat bersama2 mereka pada waktu ini.Aku tak dapat melelapkan sikit mata pun mlm tu.Jam 3 isteri aku terpaksa ke Taiping apabila pembedahan yg dirancang akan dijalankan di Hospital Ipoh dibatalkan kerana keadaan yg terlalu krital.Isteri tinggalkan anak2 aku dirumah mak,memandu dia sendirian ke taiping,(terasa ati sangat aku mlm tu bila adik aku tidak menemani isteri aku ke Taiping).

Tepat 9.04 pagi 17 Jan 2008….isteri ku memberi msg ‘nyah dah xde…..’ Innalillah…

Kenangan2 bersama arwah bermain di kepala….terbayang wajah2 anak2nya….aku tidak dapat menahan sebak…..(teringat jika aku lah yg terbujur kaku itu bagaimanakah anak2 ku…..). Read more »

Selamat Hari Raya Qurban

SEJARAH dan HIKMAH QURBAN

Qurban wajib bagi orang yang mampu atau berkemampuan tetapi apabila tidak melaksanakannya, Nabi Muhammad mengingatkan :
“Barang siapa yang sudah mampu dan mempunyai kesanggupan tapi tidak berqurban, maka dia jangan dekat-dekat ke mushallahku.” Hadis tersebut merupakan sindiran bagi orang-orang yang mampu dan banyak harta tetapi tidak mahu berqurban.

Sejarah qurban dibahagi kepada tiga, iaitu: zaman Nabi Adam As; zaman Nabi Ibrahim As; dan pada zaman Nabi Muhammad

Ketika zaman Nabi Adam As, qurban dilaksanakan oleh putra-putranya yang bernama Qabil dan Habil. Kekayaan yang dimiliki oleh Qabil mewakili kelompok petani, sedang Habil mewakili kelompok penternak. Saat itu sudah mulai ada perintah, siapa yang memiliki harta banyak maka sebahagian hartanya dikeluarkan untuk qurban.

Sebagai petani si Qabil mengeluarkan qurbannya dari hasil pertaniannya dan sebagai peternak si Habil mengeluarkan haiwan-haiwan peliharaanya untuk qurban. Diterangkan dalam sejarah, harta yang diqurbankan itu disimpan di suatu tempat yaitu di Padang Arafah.

Qabil dan Habil mempunyai sifat yang berbeza. Si Habil mengeluarkan haiwan yang diqurbankan dengan tulus ikhlas yang mana haiwan yang dipilih gemuk dan sihat. Manakala siQabil, memilih buah-buahan yang busuk. Ketika keduanya melaksanakan qurban, ternyata yang habis adalah qurban yang dikeluarkan oleh si Habil sementara buah-buahan yang dikeluarkan si Qabil tetap utuh, tidak berkurang.

Hal ini dijelaskan oleh Allah dalam Al-Qur’an surat Al-Maidah ayat 27 : “Ceritakan kepada mereka kisah kedua putra Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan qurban, maka diterima dari salah seorang dari meraka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil), Ia berkata : “Aku pasti membunuhmu!” Berkata Habil ” Sesungguhnya Allah hanya menerima (kurban) dari orang-orang yang bertakwa”. Read more »

Sesuatu Perasaan Yg Kita Rasa Tapi Tidak Nampak

Qoute Dari Jiwangsiot
Kisah ini amat bermakna untuk dijadikan pedoman buat suami isteri. Bacalah dan hayatilah:

(dipetik dari email)

Suami saya adalah seorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.
3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. Read more »

…Sedar Tak Sedar….

Sedar tidak sedar,rupanya inilah pemikiran umat sekarang.
Maka tidak mustahil lah pelbagai masalah menimpa Umat Muhamad.
Cuba kita renungkan.

Kita cuba menyimpan ALLAH didalam
MASJID pada hari Jumaat……
Mungkin malam JUMAAT?
Dan sewaktu solat MAGRIB SAJA?

Kita suka ALLAH pada masa kita sakit….
Dan sudah pasti waktu ada kematian…

Walaubagaimanapun kita tidak ada masa
atau ruang untuk ALLAH waktu bekerja
atau bermain?

Kerana… Kita merasakan diwaktu itu kita
mampu dan sewajarnya mengurus sendiri
tanpa bergantung padaNYA.

Semoga ALLAH mengampuni aku kerana
menyangka……

Bahawa nun di sana masih ada tempat dan
waktu dimana ALLAH bukan lah yang paling
utama dalam hidup ku. (nauzubillah)

Kita sepatutnya senantiasa mengenang
akan segala yang telah DIA berikan
kepada kita.

DIA telah memberikan segala-galanya
kepada kita sebelum kita meminta.
RENUNGKANLAH

Dia adalah sumber kewujudanku dan
Penyelamatku

Dia lah yang mengerakkan ku setiap detik
dan hari. TanpaNYA aku adalah HAMPAS
yang tak berguna.

Pernahkah kita fikir… Read more »