Kehilangan Nama Besar Di Ramadhan

Gambar dari http://anwaribrahimblog.com/
Al-Fatihah!
Tan Sri A.Samad Ismail kembali ke Rahmatullah 5.58 ptg 4 Sept 2008 di Hospital Pantai Kuala Lumpur kerana jangkitan paru-paru.

Gambar dari http://anwaribrahimblog.com/
Al-Fatihah!
Tan Sri A.Samad Ismail kembali ke Rahmatullah 5.58 ptg 4 Sept 2008 di Hospital Pantai Kuala Lumpur kerana jangkitan paru-paru.
Dimana perikemanusian? Dimana pertimbangan akal fikiran?
Dimana keimanan? Dimana kesabaran?
Tragedi Hatib Leman di’hukum’ bunuh di Kuala Perlis semalam menuntut akan keperihatinan kita.Apakah keadilan yang sebegini yang kita mahukan?Apakah adil kita menghukum hanya kerana syak wasangka?20 pasang biji mata ‘hakim2′ ini melihat dengan jelaskah jenayah yg dikatakan dilakukan oleh mangsa?Atau amarah ‘hakim2′ ini meruap hanya kerana berita tidak pasti yg sampai ketelinga mereka sahaja?Apa benar ‘hakim2′ ini ikhlas dalam jatuhkan hukuman pada mangsa atau ada perasaan lain yang berada di benak mereka?Kita harus perihatin segalanya….. Read more »
Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Naza,Tan Sri Nasimuddin telah kembali ke Rahmatullah pada usia 57 Tahun di sebuah hospital swasta di Long Beach, Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), kira-kira 1.40 pagi, Jumaat lalu, akibat diserang kanser paru-paru.Jenazah selamat dikebumikan pada 4.30 ptg semalam di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melaka Batu 9, Hulu Langat.Jenazah diterbangkan dari Los Angeles dan selamat tiba di Masjid Wilayah Persekutuan jam 1.30ptg.
Arwah merupakan tokoh korporat dan automotif yang berjaya.
Link berkaitan disini,situ,disinun….
Kata Paklah, Kata Rafidah Aziz, Kata Mahathir…
KUALA LUMPUR: Penulis prolifik Rustam A Sani (gambar) meninggal dunia pada jam 2.30 pagi ini dipercayai akibat sakit jantung.
Rustam, 63, anak kelahiran Ipoh, adalah seorang ahli akademik, penulis kolum dan penyair.
Seorang anggota keluarganya berkata, jenazah Allahyarham kini berada di kediamannya di Jalan Bukit Lela, Gombak, dan dijadual dikebumikan selepas solat Zuhur hari ini. - Bernama
Innalillah….
Sesungguhnya setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - “Kullu nafsin zaiqatul maut” Firman Allah.
Dalam 2 purnama ini keluarga saya diduga dengan kembalinya 2 saudara terdekat ker Rahmatullah.Pada 30hb Dec yg lalu(sekembali aku sekeluarga dari Melaka),bapa saudara aku meninggal dunia di Slim River.Bergegas aku membawa emak ke sana,walau letih masih tak hilang.Kehilangannya tidaklah begitu menyentuh perasaan kerana pertamanya arwah sudah berumur.Keduanya arwah adalah ipar kepada mak,jadi kami kurang mesra.
Namun baru2 ni semasa aku berkursus di Sarawak.Sedang aku minum malam bersama rakan2 aku menerima panggilan tel dari isteriku mengatakan abgnya sedang nazak di Hospital Taiping.Hah! terkejut aku…usianya baru lepas 2 hari 39tahun.Anak2 masih kecil.Dia meninggal kerana terdapat darah beku dikepala akibat dari tekanan darah yg melampau(High Blood Pressured). Aku terkedu seketika waktu tu…Aku biarkan masa berlalu begitu saja,teman2 tidak ku layan,panggilan tel tidak kujawab apatah lagi msg yg singgah ke tel aku……
Macam2 berada di fikiran aku…rasa kesal sangat kerana tidak dapat bersama2 mereka pada waktu ini.Aku tak dapat melelapkan sikit mata pun mlm tu.Jam 3 isteri aku terpaksa ke Taiping apabila pembedahan yg dirancang akan dijalankan di Hospital Ipoh dibatalkan kerana keadaan yg terlalu krital.Isteri tinggalkan anak2 aku dirumah mak,memandu dia sendirian ke taiping,(terasa ati sangat aku mlm tu bila adik aku tidak menemani isteri aku ke Taiping).
Tepat 9.04 pagi 17 Jan 2008….isteri ku memberi msg ‘nyah dah xde…..’ Innalillah…
Kenangan2 bersama arwah bermain di kepala….terbayang wajah2 anak2nya….aku tidak dapat menahan sebak…..(teringat jika aku lah yg terbujur kaku itu bagaimanakah anak2 ku…..). Read more »
Takziah pada seluruh keluarga Nurin Dan seluruh rakyat Malaysia. Kita seluruh rakyat Malaysia meratapinya dan kita juga lah yg bertanggungjawab atas apa yg berlaku.Perhatikan dalam diri kita.Apakah semangat kekitaan dan kejiranan begitu utuh kebelakangan ini.Kita tidak pernah ambil tahu keadaan jiran.Tidak pernah ambil tahu akan anak2 jiran.Malahan kita tidak tahu anak siapa yang selalu bermain di laman.Kita tidak bertanya kepada mana2 anak kecil yg berjalan sendirian.Kita tidak pernah ambil tahu pun mana2 anak kecil yg menangis disamping org yg mencurigakan.Kita tak pernah……kita tak pernah……dan kita tak pernah
Seorang pelatih ILP Ipoh telah pulang ke Rahmatullah tgh hari tadi di Hospital Besar Ipoh.Jenazah di mandi dan disembahyangkan di Surau ILP Ipoh.Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org2 yg soleh.
Ucapan takziah boleh ditulis di Forum ini.
Al-Fatihah.