perniagaan internet

Untuk Menerima Email dari Saya Isikan Form Ini

Name:

Email:

Akhirnya….

mawi.jpg

foto oleh Effendy Rashid BHarian

Akhirnya Mawi melamar Ikin….Bertempat di Palace Of The Golden Horses semalam Mawi mengadakan sidang akhbar bagi mengumumkan kepada media bahawa mereka akan bernikah pada 20 Dec ini. Pasangan artis ini turut menunjukkan kad undangan perkahwinan mereka. Spekulasi berkaitan tuntutan Mawi sebanyak 5 juta sebagai hak eksklusif penyiaran majlis perkahwinannya kepada Astro turut dinafikan Mawi.

p/s: Fikiran aku kata…Alhamdulillah.Sudah2 ler tu gan kontroversinya:)

Opss Ada Award

Hohoho…dapat award pengiktiran dari pembaca blog ini.Terima kasih Mamairfan.Rajin sungguh depa ni wat backlink.Bagus juga cara tingkatkan trafic ke blog aku yg sepi ni.Hehe

Ops jangan lupa rulesnya ya:). Aku pun nak bagi award brillante ni kepada blogger2 pilihan aku.Korang kena follow gak rulesnya nya.Hehe.

1. Put the logo on your blog
2. Add a link to the person who awarded it to you
3. Nominate at least 7 other blogs
4. Add links to these blogs on your blog
5. Leave a message for your nominee on their blog

And this brilliant award goes to… slumberaja, Melayubestari, Nanaku’s, zzienz, Muncet, Ummie, and BintangComel!

Award Dari Blogger

 

Terima kasih iEn kerana bagi award ni.(pagi ni buka blog tgk di chat box si iEn ni cakap dapat award).Tak tahu nak wat per sebenarnya. Xbiasa dengan award2 dan tag mengetag ni.Hehe (sebab tak pernah dapat huhu). Apa pun aku amat hargainya. Aku letakkan di posting ini supaya link blog iEn dapat di ekses oleh pembaca blog aku ni. Terima kasih juga buat semua pembaca blog aku ni. Kerab lah menjenguk ye! ;)

Selamat Menyambut Kemerdekaan ke 51

Selamat menyambut kemerdekaan ke 51 Malaysia.Semoga Malaysia terus di rahmati Allah agar rakyatnya terus hidup aman dan tenteram,terus berdaulat dan mulia. Diharap segenap lapisan masyarakat dapat menjaga kemerdekaan Malaysia ini bersama-sama tanpa mengira perbeza politik,kaum dan agama.

Tahniah…Dah Boleh Terbang

Salam contact perdana semua rakan dijaluran.

Eh napa lak ni?Hehe sebenarnya aku nak ucapkan tahniah buat semua yg lulus RAE(Radio Amature Examination) 1/2008 yang lalu.Keputusan telah pun dikeluarkan oleh SKMM.Bagi yang gagal…anda boleh cuba lagi di RAE akan datang. Jangan putus asa.

Tahniah buat rakan2 dari ILP yg lulus.(pergi 9 org gagal 3 org je).Tahniah juga buat isteri aku.Hebat gak ye…hehe.Untuk keputusan penuh sila rujuk di SKMM.

Sehingga bertemu lagi…73

Happy Belated Birthday Zaidievo

Yeah…sebenarnya birthday aku 08.08 baru2 ni. Org kata tarikh keramat,tarikh yang baik. Bagi aku dia sekadar tarikh yang menyukat usia dunia.Tiada apa2 lain yang istimewa,jika sesuatu berlaku pun ia hanya bersifat kebetulan. Sibuk sangat kebelakangan ni tak tau ler apa yang disibukkan menyebabkan aku begitu payah nak menggerakan jejari ni bermain di keyboard ni. Apa pun aku nak ucap terima kasih kepada yang beri ucapan selamat,yang beri hadiah pada aku. Tak lupa juga pada isteri dan anak2 aku yang belanja aku makan pizza malam tu:).

Oh tidak lupa juga rakan2 sekerja di pejabat yang buat majlis harijadi buat kami yang menyambutnya pada bulan ogos ni. Daripada 9 orang staff TKS ni, selain aku4 orang menyambut hari lahir (kalau hari jadi xtau bila sebenarnya bila ‘anak berudu’ tu bercantum hehe) pada bulan ogos Khairi aka azroy beb,Taty dan Shazwan. Terima kasih buat KB Pn Rufina yang sponsor kek,Adiniah yang sponsor macaroni, Niza yang sponsor choc donut,LeenChips yang sponsor spaghetti birthday kali ni semua Italian recipe rasa dok Italy lak hehe beserta rakan lain Subhi dan Param. Sedap2 belaka.(letak tepi terus bihun goreng yang aku beli pagi tadi) .Makan spaghettini buat aku teringan dialog Azhar Sulaiman dalam filem Abang 92 ….’entah kenapa spaghetti ni terasa masam…’ .Teringat sebab,semasa menonton filem Abang 92 ni lah waktu mula aku cakap pada sorang perempuan yang merupakan kawan sekelas aku yang aku nak jadikan dia teman istimewa aku.Hehehe…memang istimewa sungguh ler sebab sampai sekarang dia jadi teman hidup aku isteri aku sekarang.

Fina's Pastry

Doa

Ya Allah Panjangkan Ler Umur Mereka Murahkan Lah Rezeki Mereka……..

Read more »

Induksi Kuantan

Bertempat di De Rhu Beach Resort Beserah,Kuantan pahang dari 9hb hingga 19hb Feb yang lalu,Kementerian Sumber Manusia telah mengadakan Kursus Induksi Modul Umum/Khusus nagi Kumpulan Sokongan 2 bagi bil1/2008.Seramai 60 orang peserta dari pelbagai jabatan di bawah KSM telah hadir bagi kursus kali ini.

Aku sekali lagi diberi tanggungjawab menjadi fasilitator selaku penilai kepada peserta.Secara keseluruhan,peserta kali ini tidak menimbulkan sebarang masalah dan berjaya mengikuti keseluruhan program.(agak mudah kali ni jaga depa.hehe)

Adalah menjadi harapan kami(KSM) objektif kursus terlaksana dan dicapai oleh para peserta.Selain memahami Visi/misi serta peranan setiap jabatan dibawah Kementerian,peserta juga diterapkan elemen2 modal insan agar menjadi penjawat awam yang disegani dan berwibawa,yang mampu merubah tanggapan serong masyarakat akan peranan dan fungsi penjawat awam dalam menjalankan tugas seharian.

Buat peserta,Moga berjumpa lagi dilain masa.Insya Allah.

p/s: gambar2 yang dpt dirakam oleh lensa kamera saya ada saya paparkan sedikit di forum saya.Hubungi saya jika anda ingin dapatkan gambar2 yang saya kumpulkan dalam DVD berformat Jpg.

img_4450.JPG

Sepuluh Tahun Dulu Di Ketika Ini

Saat ini sepuluh tahun dulu, aku sedang berpeluh gementar.Ketika ini sepuluh tahun, dulu sejarah hidup aku mula terbentuk.Hari ini sepuluh tahun dulu,aku sudah mula mengenal tanggungjawab.Sepuluh tahun dulu diketika ini,aku bersiap menjadi seorang SUAMI yg sah buat Hazaliza Bt Shaharuddin.

Hari ini setelah merasa dihempas gelora dipukul ombak,setelah merasa madu dan halwa hidup bersama,Syukur Alhamdulillah kami dikurniakan kebahagian ini buat 10tahun yg bertama usia pernikahan kami.Semoga ia terus kekal. Biarpun ada kalanya tak tertelan rasa pahit,berdua kami menelannya jua.Biarpun adakala sedikit rasanya madu,berdua kami meneguknya. Sesungguhnya aku masih belum puas menikmati nikmat hidup bersamanya,ingin aku terus hidup bersama hingga ke akhirnya.Doakanlah kebahagian kami.Moga doa ini dimakbulkan Tuhan.

Selamat Menyambut Ulangtahun Perkahwinan Kita Yg Ke Sepuluh,Sayang.

“Terima kasih atas apa yg Za dah lakukan buat keluarga kita.Sesungguhnya pengorbanan Za menjadi isteri dan ibu dalam keluarga ini tak terbalas oleh abang. Abang juga mohon seribu kemaafan atas apa jua keterlanjuran yg abg lakukan pada keluarga kita.Biar apa yg berlaku,hati abg tetap pada keluarga kita ini.”

Next Page »