perniagaan internet

Untuk Menerima Email dari Saya Isikan Form Ini

Name:

Email:

Sajak Kematian Menuju Kubur

Gara-gara perubahan sikap seorang murid sekolah rendah, ibu bapa murid tersebut memanggil TV3 bagi menyatakan mereka tidak bersetuju akan tayangan ’sajak kematian’ yg dipertontonkan kepada anak mereka. TV3 dengan pantas merebut peluang publisiti membicarakan akan baik buruk ’sajak kematian’ ini. Hari ini Pak Menteri turut mengatakan ia tidak sesuai ditayangkan pada usia muda.sajak/video klip ini kini menuju kubur. Nampaknya pepatah melayu kata ‘melentur buluh dari rebung’ telah turut mati hari ini. Pak Menteri kata,pendidikan harus berhemah bukan dengan menakut2kan. Aku setuju! Tp apakah benar tayangan klip video sajak selama 10 minit 48 saat itu meninggalkan kesan ‘menakutkan’ yang akan merosakkan minda pelajar tersebut? Pernah aku membawa anak2 aku ke perkhemahan motivasi sepanjang cuti sekolah, antara pengisiannya adalah tayangan klip video ini. Anak aku berumur 4tahun dan 9 tahun pada masa itu. Tiada pula aku lihat kesan negatif yang terjadi malahan aku bangga bila impak yang ditunjukkan mereka,mereka peka akan waktu azan dan tahu kesan akibat jika berbuat jahat. Aku ingat Dr dan suami mualafnya tu tercabar bila anaknya tanya kenapa tak sembahyang kot.

Sekarang,bila disensasikan ramailah ibu bapa yang turut tidak bersetuju akan tayangan tersebut.Patutlah dunia hari ini carca merba. Sudahlah kita sebagai ibubapa tidak berjaya membentuk akhlak anak2,bila orang lain cuba membentuk kita pula halang. Sebab itu budak sekolah sekarang sudah pandai macam2. Masih bersekolah tapi sudah pandai ‘geli2′, masih bersekolah sudah pandai hisap dadah minum todi, masih bersekolah berani bagi cikgu tapak kaki. Aduh ibu bapa sekalian…. Kenapa suasana alam persekolah dulu berbeza? Tak tau le kalau korang pun gitu gak dulu.. Teringat tulisan Pyanhabib.

Herannya….kenapa ibu bapa tidak bising bila siaran tv kita baik siaran berbayar atau percuma menayangkan cerita2 karut marut? Cerita mahupun iklan kebelakangan ini pun byk berkisar tentang hantu/mistik dan sex, iklan tuala wanita pun sekarang ni seolah tayangan 18sx. Malu dengan anak2 bila tengok tv. Aku yang jarang tengok tv ni kadang2 meluat bila nak bersenang2 hati tengok tv terpaksa bertapis lak dengan anak2.

Saksikan sendiri…..anda gerun? Renung diri kita….wallahualam.

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

Melutut Tak Kena Tempat

UPDATE TERKINI (baru terbaca jam13:12)

Aku menunggu apakah tindakan kerajaan khasnya serta pemimpin melayu dan pemimpin politik amnya dalam isu surat terbaru ini. Harap ambil tindakan dari segenap segi. Harus dilihat dari bahasa/tulisan yang digunakan.Harus juga dilihat dari tuduhan yang dibuat.Jangan kita terus layu lagi.

Dan jangan lupa baca email balasan mereka. Ada per2 ker ngan surat ni?

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Kebelakangan ini melayu kian layu dibumi sendiri. Kerana politik,demi politik maruah tercalar layu lunyai dihenyak orang. Mengharapkan pemimpin menjadi perisai kukuh mempertahankan bangsa,rupanya karier politik lebih diutamakan. Muka depan akhbar arus perdana hari ini melapurkan Pak Lah akan memanggil Ketua Bahagian UMNO Bukit Bendera Datok Ahmad Ismail kerana mendesak Gerakan keluar dari Barisan Nasional.Semua ini bermula apabila Datok Ahmad mengatakan org2 cina merupakan pendatang di Malaysia. Aku tidak mahu mengulas tentang kecelaruan fikiran pemimpin BN semenjak dua menjak ini. Apa yang aku fikirkan adalah mengapa pemimpin melayu terlalu berlembut,terlalu bersopan dengan orang lain sehingga me-layu-kan maruah sendiri. Kenapa begitu pantas DS Najib TPM kita memohon maaf?Kenapa beria-ia Pak Lah PM kita minta Datok Ahmad memohon maaf? Kenapa pemimpin tertinggi UMNO ini tidak mendapatkan penjelasan terlebih dahulu dari Datok Ahmad? Sekurang2nya dapat membela/mempertahankan sedikit Datok Ahmad.Bukankah UMNO memang pakar dalam berdolak dalik Pada fikiran aku yang kolot ini…………, Read more »

Agama Bukan Candu Untuk Mengkhayalkan Orang Miskin

Artikel dari Minda Mufti.Bukalah mata bukalah hati dan baca hingga mengerti……..

“Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27).

Saya tertarik apabila membaca membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.

Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga.

Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).

Saya suka dengan jawapan al-Imam al-Nawawi ini. Saya tahu, selepas ini banyak forum-forum perdana, ceramah-ceramah di radio dan televesyen akan memperkatakan tentang kewajipan berjimat cermat. Maka ustaz, ustazah dan penceramah pun –atas pemintaan penaja yang membayar harga ceramah- akan bersungguh-sungguh menyuruh orang-orang bawahan untuk berjimat cermat.

Read more »

Malam Pertama

 

 

Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?’

Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama’ serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza.

‘Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?’ Read more »

Mencari Yang Haram

Sebagai sebuah negara Islam Hadhari agak payah untuk kita mencari yang haram.Biar betul ko ni…cari yg haram wat per?.Hehe…sengaja provoke sikit.Sebenarnya tulisan saya ni agak lewat dipublishkan(bz ler).Tulisan kali ini timbul selepas membaca kolum Bicara Mufti oleh Tuan Mufti Perlis Ust Dr Asri.Walaupun tulisan2 beliau sering menimbulkan kontroversi namun tulisannya kali ini amat menarik dan saya setuju amat.Tulisannya berkaitan Logo Halal Jakim.

“sepatutnya yang hendak kita tekankan dan kawal ialah benda2 haram. Kita patut jelaskan produk dan makanan halal tidak perlu mendapat logo ‘halal’, tetapi produk atau makanan yang haram patut diletakkan logo ‘tidak halal’”

“Keadaan sekarang sebenarnya lebih mengelirukan, sebab ada banyak benda. Gula-gula umpamanya, yang tidak pun ada logo ‘halal’ tetapi dimakan oleh orang islam”

Seperti yang diketahui, Jakim mengeluarkan sijil Halal bagi memperakui makanan yang dijual adalah halal dari sudut syariah.Dan sering kali pula timbul masalah logo halal ini di salah guna oleh pengusaha2 makanan bagi meraih keuntungan.Sedangkan didalam Islam,Semuanya bermula dengan Harus,Selagi kita tidak was2 dan mengesyaki ada unsur2 haram makan makanan itu bolehlah dimakan.Tetapi dalam kontek sekarang sudah terbalik kerana kita mengutamakan makanan yg berlogo Halal Jakim sahaja.Dan logo ini pula mudah untuk disalahgunakan.
Persoalanya…kenapa tidak Jakim keluarkan Logo Haram sahaja.Jadi lebih mudah untuk kita nilaikan sendiri.Mustahil kedai hendak letakkan Logo Haram pada makanan halal kan?Baru lah bertepatan sebagai sebuah negara Islam Hadhari,susah mencari makanan haram bukannya susah mencari makanan halal.Bukan begitu?Emm fikir2…..

Dimana…..

(rujuk berita tragis semalam)

Dimana perikemanusian? Dimana pertimbangan akal fikiran?

Dimana keimanan? Dimana kesabaran?

Tragedi Hatib Leman di’hukum’ bunuh di Kuala Perlis semalam menuntut akan keperihatinan kita.Apakah keadilan yang sebegini yang kita mahukan?Apakah adil kita menghukum hanya kerana syak wasangka?20 pasang biji mata ‘hakim2′ ini melihat dengan jelaskah jenayah yg dikatakan dilakukan oleh mangsa?Atau amarah ‘hakim2′ ini meruap hanya kerana berita tidak pasti yg sampai ketelinga mereka sahaja?Apa benar ‘hakim2′ ini ikhlas dalam jatuhkan hukuman pada mangsa atau ada perasaan lain yang berada di benak mereka?Kita harus perihatin segalanya….. Read more »

Blogger Kini Elit

Eh napa cakap mcmtu?Apa yang elit?

Orang2 politik main golf kita kata elit.Sekarang orang politik dah pandai tulis blog jadi kita ni dah jadi elit ler.Ye tak?Hehe.

Sebenornya…teman merapu ni sebabnya kebelakangan ini dah ramai ahli2 politik(UMNO) tambahan yg tewas baru2 ni telah pun mempunyai blog sendiri.Dari pakai blogspot kini dah ada yang berdomain sendiri.Tahniah YB.Padeheinya deme ler dulu yang beria2 benor nak hapuskan blogger2 ni.(Berapa kali Saudara kita Rocky’s Bru dan Malaysiakini serta yg lain dipanggil ‘mengadap’)

Sekarang baru depe sedor betapa blog merupakan medium penyampaian yg amat berkesan sekarang ni. Samaada untuk kita menyampaikan ilmu,berita atau sekadar menulis biasa dari apa yg terlintas difikiran kita mcm blog Fikiran Zaidievo.

Emm antara YB yg kini mempunyai blog antaranya adalah Dr Khir Toyo dan Tan Sri Muhammad Taib yang lain search sendiri ler ye.Hehe

Lagi Ulasan Di Sini

Emm deme dah berblog mike biler lagi…?Moh pakat ramai2 kita berblog.Tak reti nak mula?Tak reti nak wat blog?Hah ni teman bawakan guru nak berblog.Klik je banner ni yer…

p/s:Entah ngaper kali ni rase nak nuleh pakai loghat Perak.Hehe…bukan reti pun,sajer jer try.

p/s2: Kalau xde Hosting dan Domain klik je kat sini NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!

Jika Pendidikan Itu Mahal

“Jika pendidikan itu mahal,cubalah kebodohan”

Ungkapan ini membawa maksud yang mendalam jika kita renungkan.Dapatkah pembaca memahami maksudnya?Renung-renungkan lah.

(Gambar Anak aku di kem Motivasi Al Taqwa yg lalu)

Senario yang biasa kita dengar atau lihat disekeliling kita,cukup sukar untuk kita membeli sesuatu untuk tujuan pendidikan.Contoh buku2 dan makalah2 ilmu yang sering dikata orang mahal pada harganya tanpa kita sedar ilmu yang dapat dari sumber itu lebih mahal harganya.Anak minta beli buku rujukan berharga RM35.90 kita bising akan harganya sebaliknya membayar langganan astro berharga RM 40(harga sebenar tidak diketahui,saya tidak melanggannya) kita boleh pula membayarnya.

Budaya membaca di rumah sering kita abaikan hanya kerana harga sesebuah buku atau makalah yang agak mahal kita rasa.Sehinggakan surat khabar seminggu sekali pun payah untuk kita langgani(peliknya majalah hiburan ada pula di rumah).

Saya sentuh sedikit mengenai pesta buku yang sedang berlangsung di PWTC sekarang.Pesta buku antarabangsa Kuala Lumpur telah bermula pada 1982 dengan kehadiran 40000 orang(dan terus meningkat),namun bilangan ini majoratinya adalah dari bangsa selain melayu.Mana pergi pelajar melayu?mana pergi anak melayu?mana pergi ibu bapa melayu?.Sukar untuk kita lihat para ibu bapa melayu membawa anak2 mereka ke pesta ilmu seperti Pesta Buku Antarabangsa contohnya.(Ke Pesta SureHeboh ramai pula).

Saya akan tambah artikel ini sedikit masa lagi.Sekarang saya sedang sibuk dengan kursus Server(bagi tujuan menambah ilmu).Insya Allah,kita ketemu dalam sehari dua lagi.

Sebelum itu,saya menyeru rakyat Malaysia hadir beramai2 ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang sedang berlangsung di PWTC sekarang.Tambahkan bilangan statistik(Sumber Majlis Buku Kebangsaan Malaysia) 2 buah buku dibaca dalam setahun oleh rakyat Malaysia tahun lepas. Read more »

Next Page »