Melutut Tak Kena Tempat
UPDATE TERKINI (baru terbaca jam13:12)
Aku menunggu apakah tindakan kerajaan khasnya serta pemimpin melayu dan pemimpin politik amnya dalam isu surat terbaru ini. Harap ambil tindakan dari segenap segi. Harus dilihat dari bahasa/tulisan yang digunakan.Harus juga dilihat dari tuduhan yang dibuat.Jangan kita terus layu lagi.
Dan jangan lupa baca email balasan mereka. Ada per2 ker ngan surat ni?
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Kebelakangan ini melayu kian layu dibumi sendiri. Kerana politik,demi politik maruah tercalar layu lunyai dihenyak orang. Mengharapkan pemimpin menjadi perisai kukuh mempertahankan bangsa,rupanya karier politik lebih diutamakan. Muka depan akhbar arus perdana hari ini melapurkan Pak Lah akan memanggil Ketua Bahagian UMNO Bukit Bendera Datok Ahmad Ismail kerana mendesak Gerakan keluar dari Barisan Nasional.Semua ini bermula apabila Datok Ahmad mengatakan org2 cina merupakan pendatang di Malaysia. Aku tidak mahu mengulas tentang kecelaruan fikiran pemimpin BN semenjak dua menjak ini. Apa yang aku fikirkan adalah mengapa pemimpin melayu terlalu berlembut,terlalu bersopan dengan orang lain sehingga me-layu-kan maruah sendiri. Kenapa begitu pantas DS Najib TPM kita memohon maaf?Kenapa beria-ia Pak Lah PM kita minta Datok Ahmad memohon maaf? Kenapa pemimpin tertinggi UMNO ini tidak mendapatkan penjelasan terlebih dahulu dari Datok Ahmad? Sekurang2nya dapat membela/mempertahankan sedikit Datok Ahmad.Bukankah UMNO memang pakar dalam berdolak dalik Pada fikiran aku yang kolot ini…………, Read more »















