perniagaan internet

Untuk Menerima Email dari Saya Isikan Form Ini

Name:

Email:

Affiliate PertamaKu.


Dengan lafaz Bismillah….
Saya melancarkan affiliate pertama saya ke dunia E-biz.Pembaca blog ini adalah yg pertama mengetahuinya.Sehubungan dengan itu saya mempelawa pembaca blog saya mendaftar sebagai affiliate(ajen jualan) secara percuma bagi memasarkan produk saya ini.Komisen sebanyak RM15 diberi kepada setiap ajen untuk 1 jualan yg terhasil dari web link ajen.

Memetik kata salah seorang saudagar internet,Matjet katanya “Bisnes Affiliate ialah salah satu cara paling mudah untuk berniaga di internet. Apa yang anda perlu lakukan ialah menghantar pelawat anda ke website penjual barangan yang anda wakili. Sekiranya mereka membeli, anda akan dibayar komisen. Senang kan?“. Read more »

kembali lagi….

Assalamualaikum…
Amboi lamanya tak saya menulis. Alasan?hehe macam biasa,sibuk…’bz’ kalau tulis dlm sms.
Hari ini dah hari ke 18 di CIAST Shah Alam untuk kursus Pedagogy. Dan hari ni baru boleh guna internet di dalam bilik ni. Emm macam2 ler nak tulis ni…tapi tak tau nak mula mana dulu.K pelan2 kita tulis.

Sebenarnya Jumaat minggu akhir sebelum datang ke CIAST ni saya dah mula tergerak nak menulis dalam blog ni.
Pagitu saya ke bilik Ina PA pengarah menghantar videocam.Tiba2…
“Isma…napa lama tak tulis blog?kalau bz pun,tulis ler sikit2 pun….”.(tak sangka sangat2 ada org ILP yg baca blog ni.Thx). Pengucapan yang di lontar bersama renungan menusuk kalbu,senyuman dari mekar bibir yang mengoncang iman…buat saya tidak sabar menulis blog ni.Tapi sayangnya…minggu tu server ILP bermasalah.Saya tidak boleh berinternet.huhu…
Setiba di sini…ikhtiarkan juga berinternet tapi IP add baru hari ni buka.Emm jadinya..sekarang ni berlumba2 idea datang untuk menulis sampai tak tahu mana nak mula.Adus….
Panjang intro tulisan kali ni ye…hehe biasa ler. Read more »

Pendahuluan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini terasa pula hendak menulis.(walaupun sebenarnya agak sibuk dengan tugas harian).
Emm dalam blog ini saya bercadang untuk menulis tentang apa saja yg saya terfikir tanpa merujuk kepada tajuk2 tertentu.Moga ini akan mengurangkan kobosanan bila membacanya.Namun begitu saya akan pautkan/link ke web2 atau blog2 yang menarik untuk kita kongsi bersama.Saya akan menggunakan banyak menggunakan bahasa slamber dari formal,harap kita kan lebih mesra. Harap saya punya masa untuk update blog ini.

Emm siapa Ismazaidi ni ye? Pasti tertanya2. Apa lebihnya baca blog dia ni? K, saya tidak menjanjikan embun di syurga tetapi tulisan saya di blog ini mungkin serba sedikit boleh menyegarkan minda,membuka mata….Tentang diri saya boleh anda lawati web saya,disana segalanya tentang saya boleh dibaca? Tak takut ker org tahu rahsia diri? emm apa perlu di takut pada manusia,bukan? Biar kita ikhlas…Allah kan pelihara kita bila2 masa pun. Tak gitu?:).
Saya berhenti di sini dulu,nanti bersambung kembali….Insya Allah.