perniagaan internet

Untuk Menerima Email dari Saya Isikan Form Ini

Name:

Email:

Induksi Kuantan

Bertempat di De Rhu Beach Resort Beserah,Kuantan pahang dari 9hb hingga 19hb Feb yang lalu,Kementerian Sumber Manusia telah mengadakan Kursus Induksi Modul Umum/Khusus nagi Kumpulan Sokongan 2 bagi bil1/2008.Seramai 60 orang peserta dari pelbagai jabatan di bawah KSM telah hadir bagi kursus kali ini.

Aku sekali lagi diberi tanggungjawab menjadi fasilitator selaku penilai kepada peserta.Secara keseluruhan,peserta kali ini tidak menimbulkan sebarang masalah dan berjaya mengikuti keseluruhan program.(agak mudah kali ni jaga depa.hehe)

Adalah menjadi harapan kami(KSM) objektif kursus terlaksana dan dicapai oleh para peserta.Selain memahami Visi/misi serta peranan setiap jabatan dibawah Kementerian,peserta juga diterapkan elemen2 modal insan agar menjadi penjawat awam yang disegani dan berwibawa,yang mampu merubah tanggapan serong masyarakat akan peranan dan fungsi penjawat awam dalam menjalankan tugas seharian.

Buat peserta,Moga berjumpa lagi dilain masa.Insya Allah.

p/s: gambar2 yang dpt dirakam oleh lensa kamera saya ada saya paparkan sedikit di forum saya.Hubungi saya jika anda ingin dapatkan gambar2 yang saya kumpulkan dalam DVD berformat Jpg.

img_4450.JPG

Selamat Datang


Salam Sejahtera Semua.
Selamat datang selamat mendaftar kepada semua pelatih ILJTM yg akan mula mendaftar jam 8pagi esok.Harap semua pelatih gembira dan bersedia bagi menempuh pengalaman pembelajaran yg baru di Institut.Sehingga semalam,diberitahu ILP Ipoh akan menyambut kedatangan 300 pelatih baru bersama rombongannya:).Saya selaku Ketua Fasilitator(LDK) bersama barisan fasilitator yg lain akan mula mencorakkan pelatih2 ini pada sessi pertama LDK bermula malam esok.Harap para Fasilitator saya bersedia dan bersemangat menabur pengalaman dan panduan bagi menyediakan para pelatih baru ini menjadi ‘Modal Insan’ yang cemerlang,gemilang dan terbilang.Insya Allah.
Adalah besar harapan saya,para pelatih dapat mengikuti dengan jayanya semua program yg telah dirancang sepanjang minggu MSR(Minggu Silaturrahim) ini.
Hingga berjumpa lagi.
p/s:Gambar nanti saya uploadkan disini dan juga di forum saya.Jangan lupa join Forum saya.Klik Forum.

Final Exam


Salam sejahtera semua.

Minggu ini minggu peperiksaan akhir bagi seluruh ILJTM di Malaysia.Pertama kali digunakan soalan sepusat dikeluarkan oleh Jabatan di Putrajaya.
So,selamat menjawap bagi semua pelatih.

Gambar lain tgk di sini.