perniagaan internet

Untuk Menerima Email dari Saya Isikan Form Ini

Name:

Email:

Maybank2U Berwajah Baru

Rakan baik perniagaan internet aku kini berwajah baru. Hope ciri2 keselamatan dipertingkatkan dan tiada lagi kes2 web palsu Maybank2u. Perkhidmatan internet perbankan kini merupakan satu perkhidmatan yang amat diperlukan serta digunakan secara meluas. Selain Maybank bank2 lain juga turut menyediakan perkhidmatan perbankan internet ini seperti CIMB dan Public Bank.Anda bagaimana?Adakah anda menggunakan perkhidmatan perbankan internet ini?

m2u_newinterface.png

Melutut Tak Kena Tempat

UPDATE TERKINI (baru terbaca jam13:12)

Aku menunggu apakah tindakan kerajaan khasnya serta pemimpin melayu dan pemimpin politik amnya dalam isu surat terbaru ini. Harap ambil tindakan dari segenap segi. Harus dilihat dari bahasa/tulisan yang digunakan.Harus juga dilihat dari tuduhan yang dibuat.Jangan kita terus layu lagi.

Dan jangan lupa baca email balasan mereka. Ada per2 ker ngan surat ni?

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Kebelakangan ini melayu kian layu dibumi sendiri. Kerana politik,demi politik maruah tercalar layu lunyai dihenyak orang. Mengharapkan pemimpin menjadi perisai kukuh mempertahankan bangsa,rupanya karier politik lebih diutamakan. Muka depan akhbar arus perdana hari ini melapurkan Pak Lah akan memanggil Ketua Bahagian UMNO Bukit Bendera Datok Ahmad Ismail kerana mendesak Gerakan keluar dari Barisan Nasional.Semua ini bermula apabila Datok Ahmad mengatakan org2 cina merupakan pendatang di Malaysia. Aku tidak mahu mengulas tentang kecelaruan fikiran pemimpin BN semenjak dua menjak ini. Apa yang aku fikirkan adalah mengapa pemimpin melayu terlalu berlembut,terlalu bersopan dengan orang lain sehingga me-layu-kan maruah sendiri. Kenapa begitu pantas DS Najib TPM kita memohon maaf?Kenapa beria-ia Pak Lah PM kita minta Datok Ahmad memohon maaf? Kenapa pemimpin tertinggi UMNO ini tidak mendapatkan penjelasan terlebih dahulu dari Datok Ahmad? Sekurang2nya dapat membela/mempertahankan sedikit Datok Ahmad.Bukankah UMNO memang pakar dalam berdolak dalik Pada fikiran aku yang kolot ini…………, Read more »

Perbelanjaan Berhemah

Dalam situasi harga minyak mahal yang mengakibatkan kenaikan barang2 keperluan lagi,kita sebagai rakyat harus berhemah dalam berbelanja. Gunakan setiap sen untuk perbelanjaan yang perlu sahaja.Walau pun selama harini pun mmg dok belanja bila perlu je. Biarlah hanya Pak2 Menteri dan suku sakat dia je yang mewah berbelanja,kerana mereka memang mampu melakukan perbelanjaan berhemah dalam mentadbir urus kewangan negara. Seperti rombongan TPM yang ke London untuk merasmikan Restoran Jom Makan sebaik pengumuman kenaikan harga minyak.Kita rakyat dah makin susah nak makan,mereka boleh pula pi Jalan2 Cari Makan di London.Cis berdebah!

Satu lagi contoh tadbir urus yang berhemah adalah seperti berikut…..

Artikel ini adalah dari tulisan Tun Mahathir. Read more »

Hujan Dan Kemalangan

Sering terjadi kemalangan apabila jalan raya dibasahi hujan. Dalam musim hujan sebegini(Selangor & Perak hujan sebelah petang) kita harus berhati2 memandu kenderaan.Kemalangan besar mahupun kecil sering berlaku dengan hanya kerana sedikit kecuaian. Oleh itu aku nak beri sedikit nasihat buat diri aku dan semua pembaca blog ni kaedah atau bagaimana kita hendak mengelak dari kecelakaan dijalan raya khasnya dimusim hujan.

Nasihat pertama…elakkan memandu dikala hujan lebat. Berhenti dikawasan yang tidak membahayakan pengguna lain.Kita boleh berhenti di hentian rehat dan rawat jika melalui lebuhraya,jika melalui jalan biasa berhentilah di kawasan yang agak jauh dari jalan raya dan nyalakan lampu kecemasan agar kenderaan anda tidak pula dilanggar oleh kenderaan lain. Elakkan berhenti di bawah pohon rendang bagi mengelakan pohon tumbang atau dipanah petir. Read more »

Jika Semalam Aku PM…

Jika semalam aku PM…sebelum aku mengumumkan kadar kenaikan harga petrol(andai kenaikan harga petrol ini memang terpaksa dilakukan) kepada rakyat,aku akan terlebih dahulu akan membuat satu pengumuman iaitu:

1- Sebagai PM aku menyerahkan kembali setiap elaun yang aku tuntut setiap bulan akan aku serahkan kembali ke pada kewangan negara setiap bulan.

2-Sebagai Menteri Kewangan 1 aku menyerahkan kembali 50% dari gaji hakiki serta sebarang tuntutan elaun kepada kewangan negara setiap bulan.

3-Sebagai PM aku akan mengarahkan semua Menteri Kabinet agar menyerahkan kembali 20% gaji hakiki kepada kewangan negara setiap bulan.

4-Sebagai PM aku akan mengesyorkan semua Ahli Parlimen menyerahkan kembali 50% sebarang tuntutan elaun kepada kewangan negara setiap bulan.

5-Sebagai PM aku akan mengarahkan semua agensi/jabatan kerajaan melaksanakan perbelanjaan berhemah.Tiada lagi sebarang majlis sambutan yang menggunakan perbelanjaan dari sumber kerajaan.(Hendak buat juga,kutip dari anggota).

Selepas mengumuman langkah2 ini baru lah aku sebagai PM dengan nada sedih tetapi tegas mengumumkan kenaikan harga petrol,menyakinkan kepada rakyat bahawa kita semua kena berkorban untuk negara.

Namun begitu bagi menyerap beban kenaikan harga petrol ini,selain dari pemberian RM625 dan Rm150(yg mcm mempersenda rakyat) aku akan turut mengumumkan subsidi 70% bagi menukaran sistem ke pengunaan NGV.Dan aku mengarahkan syarikat minyak agar menyediakan pump NGV disetiap bandar2 utama negara pada kadar segera dan akan diperluaskan kepada setiap station petrol tidak lama lagi.

Sekurang2nya…Aku sebagai PM dan barisan kabinet turut merasa keperitan rakyat(walaupun sebenarnya gaji aku xluak pun) dan berusaha menunjukkan yang kabinet turut simpati kepada rakyat.

Entah ler…yg hakikatnya aku bukanlah PM semalam!

………………………………………………………………………………………………………………………………….

Kesian Juga Kepada Rakyat Aku Yang Meluru Ke Station Petrol Sebaik Pengumuman Aku.

Read more »

Ipoh Memori Lane

Artikel kali ni berinspirasikan dari blog si kodok ni:). Lama dah xpergi merayap2 kat sini.Dulu org sini panggil ‘belakang Locking’ dan lokasinya dahulu di pinggir Sg Kinta yang sekarang ni jadi ‘The Riverfront’ yang ada Nashmir Nasi Kandar tempat kawan aku si Mie Emperor melayan internet free melalui PDAnya.

Emm kalau korang peratikan,Memory Lane ni sama atau lebih kurang je ngan Rope Walk belakang Stadium P.Pinang atau kat Bagan tu. Dari jam 7 pagi sampai 1 ptg Memory Lane ini begitu sibuk dengan aktivitinya.

Banyak barangan2 lama yang sukar didapati boleh dicari disini… Read more »

Dimana…..

(rujuk berita tragis semalam)

Dimana perikemanusian? Dimana pertimbangan akal fikiran?

Dimana keimanan? Dimana kesabaran?

Tragedi Hatib Leman di’hukum’ bunuh di Kuala Perlis semalam menuntut akan keperihatinan kita.Apakah keadilan yang sebegini yang kita mahukan?Apakah adil kita menghukum hanya kerana syak wasangka?20 pasang biji mata ‘hakim2′ ini melihat dengan jelaskah jenayah yg dikatakan dilakukan oleh mangsa?Atau amarah ‘hakim2′ ini meruap hanya kerana berita tidak pasti yg sampai ketelinga mereka sahaja?Apa benar ‘hakim2′ ini ikhlas dalam jatuhkan hukuman pada mangsa atau ada perasaan lain yang berada di benak mereka?Kita harus perihatin segalanya….. Read more »

Asrama Swasta PUO

Saya baru saja publishkan web Adnise Dot Com yg merupakan penyedia perkhidmatan asrama swasta bagi penuntut Politeknik Ungku Omar.

Jika anda atau sesiapa yg merupakan bakal penuntut PUO saya galakan anda menghubungi Adnise Dot Com untuk mengetahui lebih lanjut perkhidmatan yg ditawarkan.Adnise menyediakan 2 buah rumah serba lengkap cukup selesa seolah anda berada di rumah sendiri.

Keterangan lanjut anda lawati web Adnise di www.adnise.com.

Next Page »