perniagaan internet

Untuk Menerima Email dari Saya Isikan Form Ini

Name:

Email:

Penawar Gejala Stress

 

Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang dialami oleh wanita?

Satu kenyataan telah dikeluarkan oleh bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu setelah satu kajian membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan melancarkan perjalanan haid.

Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America sebelum ini,bau ketiak lelaki yang sengaja ‘diproses’ daripada lelaki yang tidak memakai deodorant digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh ‘digoda’ dengan bau lawan sejenisnya. Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian disapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45tahun tanpa memberitahu ia adalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut.

Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur. Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang (stress).

Dipetik dari majalah PA&MA…Feb 2004

Emm balik ni nak calit bau ketiak aku kat bini aku lak,test.

Alfatihah - Tan Sri Nasimuddin

 

Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Naza,Tan Sri Nasimuddin telah kembali ke Rahmatullah pada usia 57 Tahun di sebuah hospital swasta di Long Beach, Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), kira-kira 1.40 pagi, Jumaat lalu, akibat diserang kanser paru-paru.Jenazah selamat dikebumikan pada 4.30 ptg semalam di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melaka Batu 9, Hulu Langat.Jenazah diterbangkan dari Los Angeles dan selamat tiba di Masjid Wilayah Persekutuan jam 1.30ptg.

Arwah merupakan tokoh korporat dan automotif yang berjaya.

Link berkaitan disini,situ,disinun….

Kata Paklah, Kata Rafidah Aziz, Kata Mahathir

Belasungkawa: Kereta, industri automotif ‘dunia’ Nasimuddin

Oleh Abdul Halim Yusoff…… Read more »

Alfatihah-Rustam A Sani

mainpix.jpg

KUALA LUMPUR: Penulis prolifik Rustam A Sani (gambar) meninggal dunia pada jam 2.30 pagi ini dipercayai akibat sakit jantung.

Rustam, 63, anak kelahiran Ipoh, adalah seorang ahli akademik, penulis kolum dan penyair.

Seorang anggota keluarganya berkata, jenazah Allahyarham kini berada di kediamannya di Jalan Bukit Lela, Gombak, dan dijadual dikebumikan selepas solat Zuhur hari ini. - Bernama

XTVT Main Bowling

Seperti selalunya,bagi malam2 akhir sesuatu kursus pastinya akan ada xtvt2 yang melibatkan sebahagian peserta kursus beriadah bagi melepaskan tekanan kerana beberapa hari penat berkursus.Pelbagai xtvt biasanya dijalankan dan biasanya akan akan melibatkan sekumpulan yang “sama kepala” tanpa mengira status kerja dan sebagainya.

Bagi kursus kali ini(Implementing,managing and maintaining a Microsoft Windows server 2003) kumpulan kami memilih bermain bowling untuk riadah bersama.Kami memilih Pin Junction Damansara(Pemilikan oleh Shalin Zulkifli) sebagai gelanggang kami.Pelbagai ragam dan aksi dapat dirakamkan sepanjang 2 game permainan berlangsung.(ada yg rasa xpuas main kerana game kedua baru dapat tune tangan.hehe).Ada yang baru pertama kali main ada juga yg selalu main.(namun puratanya jarang2 sekali bermain.hehe).

Read more »

Gegaran Tahun Baru

Gempar!

Negara Islam Hadhari terus digemparkan dengan pendedahan video lucah Menteri Kesihatan Dr Chua Soi Lek(mcmna ler video dia di’periksa kesihatan’ oleh teman wanitanya boleh rakam?).Dr Chua membuat pengakuannya ’saya lah orangnya’ di hari lahirnya yg ke 61 tahun seterusnya memohon maaf kepada semua lapisan masyarakat Malaysia.

Sehubungan kenyataan itu pelbagai pihak memberi reaksi pro dan kontra.Apa pun masyarakat negara ini masih berpegang kepada tatasusila,perlakuan ini tidak dapat dimaafkan oleh rakyat.Walaupun ada yg berpendapat itu adalah kehidupan peribadinya(lagipun beliau bukan org Islam),namun rakaman itu mengocak nilai2 ketimuran yg dipegang oleh rakyat Malaysia.Beliau perlu bertanggungjawab dan perletakan jawatan adalah yg paling wajar.

Ternyata rakyat Malaysia tidak menerima permohonan maafnya.Lantaran dengan itu Khamis 3 Jan 2008 Dr Chua Soi Lek meletakkan semua jawatan yg dipegang baik didalam parti MCA dan kerajaan.Tindakan ini disambut baik semua pihak termasuk PM ketua Islam Hadhari sendiri yg terpaksa menelan satu demi satu masalah dalam kabinetnya yg kian membusung.Moga Pak Lah akan menerima sesuatu yg mampu memberi ia kekuatan mengetuai Angkatan BN berjuang dalam Pilihanraya Umum akan datang.

Kelahiran Anak Saudara Perempuan

Jam 03:08 8hb Nov aku mendapat anak saudara perempuan yg comel.Anak kelahiran sulong dari adik perempuan aku,Ismaliza Bt Ismail.Bermula pagi 6:30 7hb Nov mula masuk ubat,proses kelahiran bermula.Aku jangkakan pada awalnya menjelang petang akan lahirlah anak comelnya.Rupanya ia berterusan sehingga awal pagi 8hb Nov(baby Deeparaya,Pagi deepavali di bulan Shawal hehe).DiQamatkan oleh ayahnya pada subuh 8hb sebaik sahaja dipindahkan ke wad. Read more »

Staff ILP Ipoh Di Hospital Ipoh

Seorang kakitangan Ilp Ipoh berada di Hospital Besar Ipoh atas masalah kesihatan (komplikasi buah pinggang).Saudara Sufian berada di wad 5B katil 39.

Untuk Bacaan Semua Wanita

Dalam kesibukan yang amat sangat sekarang ini,sempat juga saya setup satu blog yg khas buat kaum yang tersayang,buat ibu,buat adik kakak,buat teman2 wanita yang sepanjang hayat mendambakan hidup buat keluarga,buat lelaki yang bernama suami,ayah dan teman.Blog ini merupakan ruang informasi mengenai BARAH PAYUDARA yang menyerang kaum wanita tanpa rasa belas.Sekadar makluman,Datin Seri Endun Mahmood(Arwah isteri Perdana Menteri kita) juga meninggal kerana penyakit ini.Ia menyerang tidak kira usia,pangkat dan darjat.Diharap pembaca blog ini dapat serba sedikit informasi mengenai penyakit ini.

p/s:Maaf kerana blog ini berbahasa inggeris(bagi tujuan mengutip sedikit dana dari google).

NAMSAHAZ Webhosting - hanya RM0.12 per 1MB!!!

Next Page »