perniagaan internet

Untuk Menerima Email dari Saya Isikan Form Ini

Name:

Email:

My Toy Come Back

Yup hari ni hari yang berbahagia….kerana my toy kereta saya telah selesai proses perawatan jantungnya.Setelah terhenti denyutannya selama sebulan,hari ini ia kembali berdenyut. Kali ini dengan lebih teratur denyutannya.Insya Allah.

CA18DET kod enjin yang sama terpaksa ditukarkan setelah enjin sebelum ini barai kerana tidak mampu menampung keinginan nafsu pemandu menekan minyak huhu…Proses transplan dilakukan di Aliff Auto Garage (bengkel kami adik beradik). Sedikit pengemasan dilakukan kepada bahagian enjin baru ini bagi memastikan ia tidak terhenti berdenyut lagi.

Terima kasih kepada Aliff kerana memasang tanpa upah :)  Read more »

Kepuasan Tak Terhingga

Mulanya xmahu cerita tapi rasa nak berkongsi cerita gak.Cerita per?Emm semalam aku merasa ‘kepuasan tak terhingga‘ bila si Caldina berada di depan rumah aku.Siapa Caldina?Hehe Caldina ni anak si Toyota.Lahir tahun 2003,baru sampai Malaysia tahun ni dari Jepun.Dengan enjin berkapasiti 1998cc beserta terjahan turbo mampu melonjakkan kepuasan berada didalamnya pada kekuatan 260bhp. Bertransmisi automatik dengan 4 kelajuan namun terdapat kelebihan apabila turut mempunyai sistem shiftronic pada gearboxnya. Peh! hanya perlu shift up shift down untuk merasa tujahan maksimumnya. Caldina dari spec GT4 ini agak sempit bagi penumpang dibelakang sapa peduli penumpang belakang kan? apabila bentuk aerodinamiknya membuatkan Caldina ini agak rendah. Pengendaliannya agak mudah dengan papan pemukanya yang ringkas dan mesra pengguna. Walaupun set audio dari Jepun namun dengan bantuan booster siaran radio ERA dapat didengar juga:). Emm untuk anda….aku bawakan sedikit gambar2 si Caldina ini.Dengan hati tertanya2….’mampukah aku bayar bulanannya ni…..’

Mengiurkan kan?;) Read more »

Hujan Dan Kemalangan

Sering terjadi kemalangan apabila jalan raya dibasahi hujan. Dalam musim hujan sebegini(Selangor & Perak hujan sebelah petang) kita harus berhati2 memandu kenderaan.Kemalangan besar mahupun kecil sering berlaku dengan hanya kerana sedikit kecuaian. Oleh itu aku nak beri sedikit nasihat buat diri aku dan semua pembaca blog ni kaedah atau bagaimana kita hendak mengelak dari kecelakaan dijalan raya khasnya dimusim hujan.

Nasihat pertama…elakkan memandu dikala hujan lebat. Berhenti dikawasan yang tidak membahayakan pengguna lain.Kita boleh berhenti di hentian rehat dan rawat jika melalui lebuhraya,jika melalui jalan biasa berhentilah di kawasan yang agak jauh dari jalan raya dan nyalakan lampu kecemasan agar kenderaan anda tidak pula dilanggar oleh kenderaan lain. Elakkan berhenti di bawah pohon rendang bagi mengelakan pohon tumbang atau dipanah petir. Read more »

Nantikan Di Ipoh!

Charity Drag Kg Gajah

Poster Charity Drag

 

Marilah beramai2 meriahkan majlis.Satu2 nya litar yg aktif menganjurkan sukan drag di utara tanahair.Terima kasih Team Fast4Ward.

Video Drag Fast4Ward Mac 08

Tontoni video promo Drag Fast4Ward Mac 08 yg telah diadakan di Island Circuit Kg Gajah,Perak pada 9 March yg lalu.DVD penuh akan mula dipasarkan hujung minggu ini.Seperti biasa dapatkan dari saya atau wakil2 saya dengan menghubungi Aliff@panjang 0175599632 atau Shahril F4W 0135189764 dengan harga RM10.

 

Jika Boleh Dikatakan Kesilapan

Dalam kita rancak menyambut hari kemerdekaan Malaysia yg ke 50,kata org Jubli Emas.Namun masih agak ‘kekok’ untuk kita memperkatakan tentang pelbagai kesalahan dalam penggunaan bahasa Malaysia.Jika kita perhatikan,duit yg makin pantas ini turut mempengaruhi kesalahan ini.Lihat sahaja tulisan di email mahupun SMS di tel.Pasti kita jumpa singkatan2 perkataan yg ‘terlalu singkat isinya’.Contohnya ’saya’ ditulis ’sy’,'aktiviti’ ditulis ‘xtvt’ dan sebagainya.Itu belum termasuk perkataan inggeris yg dimelayukan atau perkataan baru yg disesuaikan dengan keadaan semasa.Contohnya ‘berani tak..’ diucapkan ‘ada bran…’,'lawanya dia…’ diucapkan ‘ cun siot…’ dan sebagainya.Kesalahan2 ini sebenarnya mempengaruhi kesilapan tatabahasa dan budaya berbahasa terutama jika digunakan dalam peperiksaan utama seperti PMR,SPM dan sebagainya.Mungkin Dewan Bahasa ada jawapan bagi senario ini…. Read more »

Mitsubishi Lancer Baru

Emm bagi peminat MMC siri Lancer kini berpeluang memiliki model terbaru dari Mitsubishi yang dilancar pada 8 Ogos di Malaysia.(sama tarikh hari lahir saya ni.hehe).
emm lihat jemputan ini…..(tolong org je ni..:))


p/s: jgn lupa 8 Aug 2007 hari lahir saya.Ehh silap bagitau lak…Jgn lupa peminat Lancer ke
EON Auto Mart Sdn Bhd
No 2A &3A, Pusat Komersial Ara Ampang,
68000 Ampang, Selangor, Darul Ehsan.
PIC: En Azzron 0129137683