perniagaan internet

Untuk Menerima Email dari Saya Isikan Form Ini

Name:

Email:

Agama Bukan Candu Untuk Mengkhayalkan Orang Miskin

Artikel dari Minda Mufti.Bukalah mata bukalah hati dan baca hingga mengerti……..

“Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27).

Saya tertarik apabila membaca membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.

Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga.

Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).

Saya suka dengan jawapan al-Imam al-Nawawi ini. Saya tahu, selepas ini banyak forum-forum perdana, ceramah-ceramah di radio dan televesyen akan memperkatakan tentang kewajipan berjimat cermat. Maka ustaz, ustazah dan penceramah pun –atas pemintaan penaja yang membayar harga ceramah- akan bersungguh-sungguh menyuruh orang-orang bawahan untuk berjimat cermat.

Read more »

Pentingkan Jawatan Atau Negara?

“Persoalan yang timbul adalah, adakah wajar hanya 0.08 peratus dari lebih 3 juta ahli menentukan pucuk pimpinan parti? Dan apakah dengan jumlah perwakilan yang sedikit itu akan membuka ruang yang luas bagi pihak yang berkepentingan (dalam atau luar negara) untuk membeli atau membayar perwakilan di dalam menentukan siapa bakal menjadi Perdana Menteri yang akan datang?

Amat murah sekali kepada mereka yang berkepentingan untuk membeli perwakilan yang terdiri dari 2,560 orang! Jika RM1,000 seorang baru RM 2,560,000. Kalau RM10,000 seorang? Baru RM25,600,000. Sekiranya RM100,000 seorang, RM256,000,000 adalah terlalu kecil bagi sesebuah institusi negara asing untuk menakluk sebuah negara yang merdeka!”

Petikan dari blog rasmi Pemuda Umno.

Apa yang anda rasa bila baca petikan itu?Ternyata politik wang memang bermaharajalela dalam UMNO.Apakah sebelum ni mmg ada pemimpin UMNO yang bersengkokol dengan institusi negara asing?Terpulang pada anda untuk tafsirkan.Tapi fikiran aku berfikir lain…..

Perbelanjaan Berhemah

Dalam situasi harga minyak mahal yang mengakibatkan kenaikan barang2 keperluan lagi,kita sebagai rakyat harus berhemah dalam berbelanja. Gunakan setiap sen untuk perbelanjaan yang perlu sahaja.Walau pun selama harini pun mmg dok belanja bila perlu je. Biarlah hanya Pak2 Menteri dan suku sakat dia je yang mewah berbelanja,kerana mereka memang mampu melakukan perbelanjaan berhemah dalam mentadbir urus kewangan negara. Seperti rombongan TPM yang ke London untuk merasmikan Restoran Jom Makan sebaik pengumuman kenaikan harga minyak.Kita rakyat dah makin susah nak makan,mereka boleh pula pi Jalan2 Cari Makan di London.Cis berdebah!

Satu lagi contoh tadbir urus yang berhemah adalah seperti berikut…..

Artikel ini adalah dari tulisan Tun Mahathir. Read more »

Jika Semalam Aku PM…

Jika semalam aku PM…sebelum aku mengumumkan kadar kenaikan harga petrol(andai kenaikan harga petrol ini memang terpaksa dilakukan) kepada rakyat,aku akan terlebih dahulu akan membuat satu pengumuman iaitu:

1- Sebagai PM aku menyerahkan kembali setiap elaun yang aku tuntut setiap bulan akan aku serahkan kembali ke pada kewangan negara setiap bulan.

2-Sebagai Menteri Kewangan 1 aku menyerahkan kembali 50% dari gaji hakiki serta sebarang tuntutan elaun kepada kewangan negara setiap bulan.

3-Sebagai PM aku akan mengarahkan semua Menteri Kabinet agar menyerahkan kembali 20% gaji hakiki kepada kewangan negara setiap bulan.

4-Sebagai PM aku akan mengesyorkan semua Ahli Parlimen menyerahkan kembali 50% sebarang tuntutan elaun kepada kewangan negara setiap bulan.

5-Sebagai PM aku akan mengarahkan semua agensi/jabatan kerajaan melaksanakan perbelanjaan berhemah.Tiada lagi sebarang majlis sambutan yang menggunakan perbelanjaan dari sumber kerajaan.(Hendak buat juga,kutip dari anggota).

Selepas mengumuman langkah2 ini baru lah aku sebagai PM dengan nada sedih tetapi tegas mengumumkan kenaikan harga petrol,menyakinkan kepada rakyat bahawa kita semua kena berkorban untuk negara.

Namun begitu bagi menyerap beban kenaikan harga petrol ini,selain dari pemberian RM625 dan Rm150(yg mcm mempersenda rakyat) aku akan turut mengumumkan subsidi 70% bagi menukaran sistem ke pengunaan NGV.Dan aku mengarahkan syarikat minyak agar menyediakan pump NGV disetiap bandar2 utama negara pada kadar segera dan akan diperluaskan kepada setiap station petrol tidak lama lagi.

Sekurang2nya…Aku sebagai PM dan barisan kabinet turut merasa keperitan rakyat(walaupun sebenarnya gaji aku xluak pun) dan berusaha menunjukkan yang kabinet turut simpati kepada rakyat.

Entah ler…yg hakikatnya aku bukanlah PM semalam!

………………………………………………………………………………………………………………………………….

Kesian Juga Kepada Rakyat Aku Yang Meluru Ke Station Petrol Sebaik Pengumuman Aku.

Read more »

Dimana…..

(rujuk berita tragis semalam)

Dimana perikemanusian? Dimana pertimbangan akal fikiran?

Dimana keimanan? Dimana kesabaran?

Tragedi Hatib Leman di’hukum’ bunuh di Kuala Perlis semalam menuntut akan keperihatinan kita.Apakah keadilan yang sebegini yang kita mahukan?Apakah adil kita menghukum hanya kerana syak wasangka?20 pasang biji mata ‘hakim2′ ini melihat dengan jelaskah jenayah yg dikatakan dilakukan oleh mangsa?Atau amarah ‘hakim2′ ini meruap hanya kerana berita tidak pasti yg sampai ketelinga mereka sahaja?Apa benar ‘hakim2′ ini ikhlas dalam jatuhkan hukuman pada mangsa atau ada perasaan lain yang berada di benak mereka?Kita harus perihatin segalanya….. Read more »

Penghargaan,Kekecewaan,Kekesalan,Perhatian?

Coretan hari ini dimulakan dengan ucapan Tahniah buat warga ILP Ipoh kerana berjaya merangkul 3 tempat teratas dalam pertandingan Kemahiran dan Inovasi(tak mau sebut Kandungan Etraining) yg berlangsung di ILP Kepala Batas pada 27hb sehingga 30hb yg lalu.
Ipoh merangkul Juara dengan projek ‘my mobile security alert’.Tempat kedua dengan projek ‘pembakaran raku’ serta tempat ke3 dengan projek ‘One touch power jack’.Tahniah sekali lagi.Ipoh Memang Best.
keratan memo hadapan
Read more »

IniLah Lirik Negarakuku

Inilah lirik yg dihasilkan oleh SiCela** Namewee yg dikatakan belum matang.Liriknya nyata menghentam kerajaan,org Melayu(Islam) dari segenap segi.
Setakat ini kerajaan masih membatu walau hari2 kita dengar desakan dari beberapa pemimpin negara.Namun apakah suara desakan ini sekadar untuk jadi jaguh media?Apakah tindakan selanjutnya?Mahu tunggu Pak Lah????
Emm…

terjemahan oleh laocai99

ILoveMyCountry - Negarakuku


Negaraku
Negarakuku
Negaraku
Negarakuku
Negaraku
Negarakuku
Read more »

Penilaian kerja

Sesuatu yang menarik bila orang menilai kita. Tak sabar untuk tahu apa nilaian orang terhadap kita. Sukar untuk kita mengetahui dari sudut manakah kita dinilai,dari aspek apakah yang diberi perhatian.
Dalam sektor awam,penilaian prestasi di panggil SKT menjadi taruhan untuk kemajuan kerja kita. Seperti biasa ketelusan penilai,keakraban penilai,prestasi kerja yg di nilai mempengaruhi markah di dalam penilai prestasi ini.
Secara peribadi,saya menerima dengan hati terbuka setiap nilaian yang dibuat kepada saya. Pada saya sudah tinggi persen/markah yang diberi Ketua Jabatan kepada saya tu.(Terima Kasih Puan). Bersyukur atas apa yang diperolehi. Sepanjang setahun bekerja dengan penuh komitmen, wajar lah saya menerima penilaian sebegini.
Namun, sedikit kekecewaan hadir dalam hati bila terdengar yang lain mendapat markah yg sama atau lebih dari yang kita dapat. Bukan membanding personaliti,bukan secara peribadi….tapi bila kenang diri yang bertungkus lumus memberi sepenuh komitmen pada setiap kerja,bila lihat yang lain hanya menumpu kerja hakiki,bila sering idea kita beri dan bila terasa kita lebih berupaya dalam sesuatu segi TERASA PENAT bila nilaian yang kita dapat sama atau lebih rendah diperolehi. Jika tidak difikirkan pada setiap pagi saya berniat kerja dengan ikhlas untuk sara keluarga, sudah pasti hari ini saya bercuti….Apa guna kerja jika tidak dihargai?lebih baik masa berharga itu kita bersama keluarga.
Bukan tujuan meminta dihargai pada kerja yang telah dilakukan,tetapi jikalah ada imbuhan penghargaan terasa juga diri ini layak mendapati. Jika sudah tentu tiada sebarang kaedah penghargaan,tak mengapa. Tak terasa hati ini,cukup lah sekadar ucapan terima kasih di terima.
Mungkin aku harus seperti yang lain juga.kerja tepat 8-5 itu pun kadang tak nampak muka sebahagian masa di pejabat. Maksudnya,bukan tidak buat kerja tapi tumpuan kerja hanya pada kerja hakiki sahaja lah,kerja2 tambahan beri komitmen lebih kurang je lah.Bukankah itu pun nilaianya sama? Read more »