perniagaan internet

Untuk Menerima Email dari Saya Isikan Form Ini

Name:

Email:

Rumah Terbuka Zaidievo

Pada petang yang ceria 11 Nov yang lalu, aku buat rumah terbuka pertama kalinya di rumah terbaru aku. Alhamdulillah hampir semua jemputan hadir walaupun pada sebelah petangnya turun hujan sekejap2.Bermula jam 3 petang dan tetamu terakhir pulang tepat jam 11:30 mlm.Agak meletihkan namun menceriakan.Terima kasih kepada semua yang hadir.

Gambar lain akan menyusul:)…Update sambil2 menghadiri kursus di PJ sekarang ni samapai 4 Nov.

Kehilangan Nama Besar Di Ramadhan

 


Gambar dari http://anwaribrahimblog.com/
Al-Fatihah!

Tan Sri A.Samad Ismail kembali ke Rahmatullah 5.58 ptg 4 Sept 2008 di Hospital Pantai Kuala Lumpur kerana jangkitan paru-paru.

Selamat Datang Ramadhan Al-Mubarak

Ramadhan tiba lagi.Berbahagia lah orang2 yang beriman.Selamat menjalani ibadah puasa.Ops jangan cari jalan nak kata gastrik lak ye.

Do’a malaikat Jibril menjelang Ramadhan ” “Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

Read more »

Kontroversi Lagu Mendayu

Sebuah lagu yang menyentuh hati.Sedang hangat di alam siber ini.Walaupun ada sedikit kontroversi mengenai lagu ini apabila dikaitkan dengan banduan yang telah ke tali gantung apabila dituduh membunuh bakal isterinya.Apapun cerita ini tiada bukti kesahihannya walaupun heboh diperkatakan orang.Turut kontroversi apabila pencipta lagu ini tidak dpt dikesan siapa orgnya.Walaupun begitu,setelah di explore saya terjumpa seorang insan yang mengakui mencipta lagu ini.Ayie dari Singapura mengatakan…

Tajuk sebenar lagu ni adalah “PERANGKAP CINTA”. Bukan CINTA TIGA SEGI ataupun PERMINTAAN TERAKHIR. Saya adalah pencipta sebenar lagu ni yg SAYA cipta sendiri pada tahun 1998 dan hakcipta lagu ni dibawah nama saya sendiri pada 20th March 1999. Bukan tujuan saya nakkan nama disini tapi memandangkan lagu ni BARU DISEBARKAN DI MALAYSIA selepas hampir 5thn popular di singapore,saya terpaksalah membuat penerangan sekali lagi disini bahawa memang saya AYIE yg mencipta lagu ni. Dan memandangkan saya mempunyai HAKCIPTA YG SAH di COMPASS SINGAPORE,saya boleh dgn suke hati mak bapak saya SUE sesiapa saja yg mengeluarkan lagu ni TANPA IZIN dari saya.”

Apapun dengarkan irama meruntun jiwa,lirik yang menguris rasa ini.Dengarkan…

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

Dimana…..

(rujuk berita tragis semalam)

Dimana perikemanusian? Dimana pertimbangan akal fikiran?

Dimana keimanan? Dimana kesabaran?

Tragedi Hatib Leman di’hukum’ bunuh di Kuala Perlis semalam menuntut akan keperihatinan kita.Apakah keadilan yang sebegini yang kita mahukan?Apakah adil kita menghukum hanya kerana syak wasangka?20 pasang biji mata ‘hakim2′ ini melihat dengan jelaskah jenayah yg dikatakan dilakukan oleh mangsa?Atau amarah ‘hakim2′ ini meruap hanya kerana berita tidak pasti yg sampai ketelinga mereka sahaja?Apa benar ‘hakim2′ ini ikhlas dalam jatuhkan hukuman pada mangsa atau ada perasaan lain yang berada di benak mereka?Kita harus perihatin segalanya….. Read more »

Alfatihah - Tan Sri Nasimuddin

 

Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Naza,Tan Sri Nasimuddin telah kembali ke Rahmatullah pada usia 57 Tahun di sebuah hospital swasta di Long Beach, Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), kira-kira 1.40 pagi, Jumaat lalu, akibat diserang kanser paru-paru.Jenazah selamat dikebumikan pada 4.30 ptg semalam di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melaka Batu 9, Hulu Langat.Jenazah diterbangkan dari Los Angeles dan selamat tiba di Masjid Wilayah Persekutuan jam 1.30ptg.

Arwah merupakan tokoh korporat dan automotif yang berjaya.

Link berkaitan disini,situ,disinun….

Kata Paklah, Kata Rafidah Aziz, Kata Mahathir

Belasungkawa: Kereta, industri automotif ‘dunia’ Nasimuddin

Oleh Abdul Halim Yusoff…… Read more »

Alfatihah-Rustam A Sani

mainpix.jpg

KUALA LUMPUR: Penulis prolifik Rustam A Sani (gambar) meninggal dunia pada jam 2.30 pagi ini dipercayai akibat sakit jantung.

Rustam, 63, anak kelahiran Ipoh, adalah seorang ahli akademik, penulis kolum dan penyair.

Seorang anggota keluarganya berkata, jenazah Allahyarham kini berada di kediamannya di Jalan Bukit Lela, Gombak, dan dijadual dikebumikan selepas solat Zuhur hari ini. - Bernama

“Kembalikan royalti minyak” MB Terengganu

K.Trengganu: Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said meminta Kerajaan Persekutuan supaya menyerahkan kembali pengurusan wang royalti minyak atau yang dikenali sebagai Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) kepada kerajaan negeri.

Beliau berkata sudah tiba masanya wang royalti minyak sebanyak lima peratus, yang ditarik balik semasa PAS memerintah Terengganu pada tahun 2000 dan kemudiannya digantikan dengan DKKP, diserahkan sepenuhnya kepada kerajaan negeri bagi membolehkan lebih banyak projek pembangunan dijalankan untuk rakyat di negeri ini.

“Kita berharap bahawa kalau boleh Kerajaan Pusat kembalikan royalti itu, kita cakap terus teranglah…tidak boleh selindung lagi. Kita mengharapkan duit (royalti) dapat kepada kita,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Selepas PAS mengambil alih pemerintahan di Terengganu apabila memenangi pilihan raya umum 1999, Kementerian Kewangan pada 5 Sept 2000 mengumumkan menggantikan bayaran royalti sebanyak lima peratus kepada kerajaan Terengganu dengan program wang ehsan yang disalurkan terus kepada rakyat menerusi projek pembangunan, dan tidak lagi disalurkan melalui kerajaan negeri.

Mengulas lanjut Ahmad berkata, sejak DKKP diperkenalkan semua projek yang menggunakan dana itu disalurkan terus kepada kementerian yang melaksanakannya tanpa merujuk kepada kerajaan negeri menyebabkan banyak projek yang dilaksanakan gagal memberi impak kerana tidak mengambil kira keperluan rakyat.

“Ada projek yang kita rancang… kita akui. Tetapi ada projek yang kita tidak rancang. Tiba-tiba sahaja…. Read more »

Next Page »