perniagaan internet

Untuk Menerima Email dari Saya Isikan Form Ini

Name:

Email:

We Like To Move It…

We like to move it…move it…He like to move it…move it…

Sedap lagu ni…sekali anak ajak pi tgk,terus wife aku pi beli tiket.Malam tu kami pergi ler tengok tayangan pukul 9 mlm. Best?emm pada aku yang jarang tengok wayang ni rasa xsyok je pun.hehe.Anak aku si Azrul tu je yang gelak sakan sepanjang cerita. Jadi ler…sesekali bawa anak2 menonton. Janji lepas ni belajar rajin2…Emm keputusan final exam baru ni pun agak ok so sebelum masuk tahun baru ni aku kena lah belikan di basikal baru huhu.dah janji keputusan cantek dapat hadiah basikal. Go Azrul go!!!!! You can do it….but dont forget DUIT(Doa Usaha Ikhtiar Tawakal).

Sinopsis Madagascar: Escape 2 Africa Read more »

Sajak Kematian Menuju Kubur

Gara-gara perubahan sikap seorang murid sekolah rendah, ibu bapa murid tersebut memanggil TV3 bagi menyatakan mereka tidak bersetuju akan tayangan ’sajak kematian’ yg dipertontonkan kepada anak mereka. TV3 dengan pantas merebut peluang publisiti membicarakan akan baik buruk ’sajak kematian’ ini. Hari ini Pak Menteri turut mengatakan ia tidak sesuai ditayangkan pada usia muda.sajak/video klip ini kini menuju kubur. Nampaknya pepatah melayu kata ‘melentur buluh dari rebung’ telah turut mati hari ini. Pak Menteri kata,pendidikan harus berhemah bukan dengan menakut2kan. Aku setuju! Tp apakah benar tayangan klip video sajak selama 10 minit 48 saat itu meninggalkan kesan ‘menakutkan’ yang akan merosakkan minda pelajar tersebut? Pernah aku membawa anak2 aku ke perkhemahan motivasi sepanjang cuti sekolah, antara pengisiannya adalah tayangan klip video ini. Anak aku berumur 4tahun dan 9 tahun pada masa itu. Tiada pula aku lihat kesan negatif yang terjadi malahan aku bangga bila impak yang ditunjukkan mereka,mereka peka akan waktu azan dan tahu kesan akibat jika berbuat jahat. Aku ingat Dr dan suami mualafnya tu tercabar bila anaknya tanya kenapa tak sembahyang kot.

Sekarang,bila disensasikan ramailah ibu bapa yang turut tidak bersetuju akan tayangan tersebut.Patutlah dunia hari ini carca merba. Sudahlah kita sebagai ibubapa tidak berjaya membentuk akhlak anak2,bila orang lain cuba membentuk kita pula halang. Sebab itu budak sekolah sekarang sudah pandai macam2. Masih bersekolah tapi sudah pandai ‘geli2′, masih bersekolah sudah pandai hisap dadah minum todi, masih bersekolah berani bagi cikgu tapak kaki. Aduh ibu bapa sekalian…. Kenapa suasana alam persekolah dulu berbeza? Tak tau le kalau korang pun gitu gak dulu.. Teringat tulisan Pyanhabib.

Herannya….kenapa ibu bapa tidak bising bila siaran tv kita baik siaran berbayar atau percuma menayangkan cerita2 karut marut? Cerita mahupun iklan kebelakangan ini pun byk berkisar tentang hantu/mistik dan sex, iklan tuala wanita pun sekarang ni seolah tayangan 18sx. Malu dengan anak2 bila tengok tv. Aku yang jarang tengok tv ni kadang2 meluat bila nak bersenang2 hati tengok tv terpaksa bertapis lak dengan anak2.

Saksikan sendiri…..anda gerun? Renung diri kita….wallahualam.

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

Cuti-Cuti Bersama Famili

Setelah beberapa kali menunda perancangan disebabkan kesibukan masa akhirnya hajat bawa mak abah ke Langkawi tertunai juga. Alhamdulillah rezeki yg ada ni aku kongsi kan dengan semua famili aku. Percutian kali ini diuruskan oleh blogger Zzienz.Terima kasih kerana menjadikan percutian kami lebih terancang,yg penting semua dalam bajet asal;). Pada awal pagi 25hb oct kami bergerak dari Ipoh dengan 2 buah kenderaan. Aliff adik aku membawa mak dan abah manakala aku sekeluarga dengan kereta yg berasingan.Berhenti di Hentian Gurun untuk bergabung dengan Liza adik perempuan aku sekeluarga. Teruskan perjalanan hingga ke Jeti Kuala Kedah yang agak sesak sempena cuti perayaan Deepavali. Jam 11:30 feri mula bergerak menuju ke Jeti Kuah.Penat….sampai tertido di dalam feri tu. Kebetulan masih dalam kursus di PJ sebenarnya,jadi habis kelas petang jumaat tu terus bergegas balik ke Ipoh. Awal pagi dah gerak ker Langkawi…… Read more »

Rumah Terbuka Zaidievo

Pada petang yang ceria 11 Nov yang lalu, aku buat rumah terbuka pertama kalinya di rumah terbaru aku. Alhamdulillah hampir semua jemputan hadir walaupun pada sebelah petangnya turun hujan sekejap2.Bermula jam 3 petang dan tetamu terakhir pulang tepat jam 11:30 mlm.Agak meletihkan namun menceriakan.Terima kasih kepada semua yang hadir.

Gambar lain akan menyusul:)…Update sambil2 menghadiri kursus di PJ sekarang ni samapai 4 Nov.

Selamat Hari Raya

Selamat hari raya serta selamat bercuti.Semoga semua selamat sampai kedestinasi yang dituju.

Award Dari Blogger

 

Terima kasih iEn kerana bagi award ni.(pagi ni buka blog tgk di chat box si iEn ni cakap dapat award).Tak tahu nak wat per sebenarnya. Xbiasa dengan award2 dan tag mengetag ni.Hehe (sebab tak pernah dapat huhu). Apa pun aku amat hargainya. Aku letakkan di posting ini supaya link blog iEn dapat di ekses oleh pembaca blog aku ni. Terima kasih juga buat semua pembaca blog aku ni. Kerab lah menjenguk ye! ;)

Ziarah Rakan

Baru2 ni dalam kekalutan kami berpindah rumah kami dikunjung balas oleh rakan dari Klang Selangor.Segan rasanya rumah tengah berselerak.Maaf ler ye Melati…makanan pun order je,Xsempat nak masak. Minggu sebelum tu sebenarnya isteri dan anak2 aku ada pergi ke rumah Melati,Shila bawakan setelah kami sekeluarga bermalam di Puchong rumah Shila.(Terima kasih banyak2).Kebetulan dia dan keluarganya balik ke Ipoh so dia buat kunjungan balas lah kiranya ni.

Seronok dapat sesekali berjumpa.Setelah hampir 10 tahun tidak berjumpa,pelbagai cerita pelbagai kenangan terimbau. Tambahan pula batch kami ni kebanyakannya kahwin sesama rakan semasa study so macam2 cerita ler boleh diimbau bersama. Teringat juga perihal rakan2 yang telah lost contact,sedih rasanya….xtahu dimana yang lain tu berada. P/S: Sesiapa yang pernah belajar bersama aku baik di SRC atau PUO antara tahun 86 - 95 harap boleh hubungi aku kembali, sambung sillaturahim.

Melati dan suami…sayang aku xdapat pergi kerana berkursus haritu.

Read more »

Pesta Durian Kembali

Demam durian telah melanda lagi (dah nak abis musim pun), raja buah yang begitu diminati oleh sebilangan besar rakyat Malaysia (Adi xmakan durian-rugi wooo) begitu mudah didapati apabila tiba musimnya. Ada yang menjual secara longgok,ada yang jual secara biji malah ada yang jual secara timbang. Ada yang murah ada yang mahal namun raja buah ini tetap digemari.

Baru2 ni,kami sekeluarga pergi ke Kg Gajah dimana keluarga Ila rakan sekerja isteri aku telah membuat ‘kenduri’ durian. Puas dapat makan dikebun,fresh kata org……Bukan setakat makan mentah, kami turut makan dengan pulut.Emm yummy! Terima kasih…moga murah rezeki dan rajin pokok berbuah lagi:) (kami tak malu datang lagi pada musim akan datang hehe)

Nak tgk gambar? Teruskan membaca…. Read more »

Next Page »