perniagaan internet

Untuk Menerima Email dari Saya Isikan Form Ini

Name:

Email:

Maybank2U Berwajah Baru

Rakan baik perniagaan internet aku kini berwajah baru. Hope ciri2 keselamatan dipertingkatkan dan tiada lagi kes2 web palsu Maybank2u. Perkhidmatan internet perbankan kini merupakan satu perkhidmatan yang amat diperlukan serta digunakan secara meluas. Selain Maybank bank2 lain juga turut menyediakan perkhidmatan perbankan internet ini seperti CIMB dan Public Bank.Anda bagaimana?Adakah anda menggunakan perkhidmatan perbankan internet ini?

m2u_newinterface.png

Blog Readability Test

blog readability test

Ini hasil ujian Blog Fikiran Zaidievo  hebat kan?

Mari Kita Lihat Keputusan Bagi Blog2 Utama Yang Lain Pula.      Read more »

Award Dari Blogger

 

Terima kasih iEn kerana bagi award ni.(pagi ni buka blog tgk di chat box si iEn ni cakap dapat award).Tak tahu nak wat per sebenarnya. Xbiasa dengan award2 dan tag mengetag ni.Hehe (sebab tak pernah dapat huhu). Apa pun aku amat hargainya. Aku letakkan di posting ini supaya link blog iEn dapat di ekses oleh pembaca blog aku ni. Terima kasih juga buat semua pembaca blog aku ni. Kerab lah menjenguk ye! ;)

Kehilangan Nama Besar Di Ramadhan

 


Gambar dari http://anwaribrahimblog.com/
Al-Fatihah!

Tan Sri A.Samad Ismail kembali ke Rahmatullah 5.58 ptg 4 Sept 2008 di Hospital Pantai Kuala Lumpur kerana jangkitan paru-paru.

Paypal Adalah Satu Keperluan!

Bila kita berbicara mengenai suatu keperluan, pastinya terpancar
difikiran masing-masing bahawa ia sama penting dengan keperluan
asas hidup kita sebagai manusia. Ia bermakna ia sama penting
dengan makanan, pakaian serta rumah anda.

Situasi ini sama sahaja seperti keperluan untuk anda menjalankan
perniagaan internet anda. Jika tiada salah satu keperluan untuk
anda memulakan perniagaan internet, sudah pasti keadaan bisnes
anda akan jadi tak stabil dan tak mustahil ia tidak akan sekali
menguntungkan anda. Sama sahaja seperti bila kita tiada makanan
sudah tentu hidup akan kelaparan dan tidak tenang.

Baiklah, berbalik kepada tajuk asas pada post kali ini, Paypal
merupakan suatu keperluan untuk anda semua menjalankan perniagaan
internet anda. Tanpa Paypal, perniagaan internet anda terutamanya
target market luar negara anda akan gagal menjual.

Bayangkanlah …….. Read more »

Petai Oh Petai

Dah lama aku xmakan petai.Tapi malam tadi isteri aku masak sambal tumis ikan bilis dengan petai.Mak aih sedapnya…..meleleh.

Korang takmakan petai?hehe ramai yang tak makan petai disebabkan baunya yg ’semerbak’ .Malah ramai yang hendak belinya pun malu.Siap tutup muka lagi… Namun semasa makannya ramai yang seolah lupa akan baunya.Tak sedar nasi bertambah di pinggan.Betul tak?hehe…

Apa pun sebenarnya petai merupakan sejenis tumbuhan dalam famili Leguminosae yang berasal dari kawasan Asia Tenggara yang beriklim panas lembap. Pokok ini selalunya tumbuh meliar di dalam hutan-hutan Malaysia, Indonesia, Brunei and Thailand, tetapi jarang didapati selain kawasan Asia Selatan. Nama botaninya Parkia speciosa.Buah petai terdapat dalam deretan panjang dan nipis yang dikenali sebagai “papan”. Setiap papan buah mempunyai antara 12 hingga 15 biji benih tersusun memanjang sepanjang buah. Buah ini, Read more »

Tahniah…Dah Boleh Terbang

Salam contact perdana semua rakan dijaluran.

Eh napa lak ni?Hehe sebenarnya aku nak ucapkan tahniah buat semua yg lulus RAE(Radio Amature Examination) 1/2008 yang lalu.Keputusan telah pun dikeluarkan oleh SKMM.Bagi yang gagal…anda boleh cuba lagi di RAE akan datang. Jangan putus asa.

Tahniah buat rakan2 dari ILP yg lulus.(pergi 9 org gagal 3 org je).Tahniah juga buat isteri aku.Hebat gak ye…hehe.Untuk keputusan penuh sila rujuk di SKMM.

Sehingga bertemu lagi…73

Perbelanjaan Berhemah

Dalam situasi harga minyak mahal yang mengakibatkan kenaikan barang2 keperluan lagi,kita sebagai rakyat harus berhemah dalam berbelanja. Gunakan setiap sen untuk perbelanjaan yang perlu sahaja.Walau pun selama harini pun mmg dok belanja bila perlu je. Biarlah hanya Pak2 Menteri dan suku sakat dia je yang mewah berbelanja,kerana mereka memang mampu melakukan perbelanjaan berhemah dalam mentadbir urus kewangan negara. Seperti rombongan TPM yang ke London untuk merasmikan Restoran Jom Makan sebaik pengumuman kenaikan harga minyak.Kita rakyat dah makin susah nak makan,mereka boleh pula pi Jalan2 Cari Makan di London.Cis berdebah!

Satu lagi contoh tadbir urus yang berhemah adalah seperti berikut…..

Artikel ini adalah dari tulisan Tun Mahathir. Read more »

Next Page »