Tertarik dengan entry terbaru SlumbeRAJA, aku pun nak ulas sedikit ler. Kebetulan terjadi pada aku baru2 ni. Baru2 ni kerab aku terima misscall dari no yang tidak ada dalam simpanan aku. Bukan aku tak jawab tapi tak sempat jawab dah terputus atau sengaja di putuskan. Aku memang tak tel balik le misscall dari no yang aku tak kenal ni. Tetapi baru2 ni sempat aku jawab satu panggilan dari no ni…
no tu : Hello ni Zaidi ker? ini mamat(bukan nama sebenar).Ingat lagi tak?
aku : hello. ye zaidi ni.Sapa erk?xberapa ingat ler.sori…
no tu : Ala dulu awal tahun kita pernah jumpa kat GM. Zaidi bagi no tel kat saya.Ingat lagi tak?
aku : O ye kot…sori ler terlupa benda dah lama.Keje kat Ipoh lagi ker.(aku hentam wat2 kenal ler…sambil2 tu aku cuba ingat2 siapa mamat ni.Yang aku ingat pernah sekali tu aku makan kat GM ngan wife,ada satu mamat kata kenal aku.lama tak jumpa dia minta no tel.Aku rasa mamat tu ler. Modus operandi yang licik)
Gara-gara perubahan sikap seorang murid sekolah rendah, ibu bapa murid tersebut memanggil TV3 bagi menyatakan mereka tidak bersetuju akan tayangan ’sajak kematian’ yg dipertontonkan kepada anak mereka. TV3 dengan pantas merebut peluang publisiti membicarakan akan baik buruk ’sajak kematian’ ini. Hari ini Pak Menteri turut mengatakan ia tidak sesuai ditayangkan pada usia muda.sajak/video klip ini kini menuju kubur. Nampaknya pepatah melayu kata ‘melentur buluh dari rebung’ telah turut mati hari ini. Pak Menteri kata,pendidikan harus berhemah bukan dengan menakut2kan. Aku setuju! Tp apakah benar tayangan klip video sajak selama 10 minit 48 saat itu meninggalkan kesan ‘menakutkan’ yang akan merosakkan minda pelajar tersebut? Pernah aku membawa anak2 aku ke perkhemahan motivasi sepanjang cuti sekolah, antara pengisiannya adalah tayangan klip video ini. Anak aku berumur 4tahun dan 9 tahun pada masa itu. Tiada pula aku lihat kesan negatif yang terjadi malahan aku bangga bila impak yang ditunjukkan mereka,mereka peka akan waktu azan dan tahu kesan akibat jika berbuat jahat. Aku ingat Dr dan suami mualafnya tu tercabar bila anaknya tanya kenapa tak sembahyang kot.
Sekarang,bila disensasikan ramailah ibu bapa yang turut tidak bersetuju akan tayangan tersebut.Patutlah dunia hari ini carca merba. Sudahlah kita sebagai ibubapa tidak berjaya membentuk akhlak anak2,bila orang lain cuba membentuk kita pula halang. Sebab itu budak sekolah sekarang sudah pandai macam2. Masih bersekolah tapi sudah pandai ‘geli2′, masih bersekolah sudah pandai hisap dadah minum todi, masih bersekolah berani bagi cikgu tapak kaki. Aduh ibu bapa sekalian…. Kenapa suasana alam persekolah dulu berbeza? Tak tau le kalau korang pun gitu gak dulu.. Teringat tulisan Pyanhabib.
Herannya….kenapa ibu bapa tidak bising bila siaran tv kita baik siaran berbayar atau percuma menayangkan cerita2 karut marut? Cerita mahupun iklan kebelakangan ini pun byk berkisar tentang hantu/mistik dan sex, iklan tuala wanita pun sekarang ni seolah tayangan 18sx. Malu dengan anak2 bila tengok tv. Aku yang jarang tengok tv ni kadang2 meluat bila nak bersenang2 hati tengok tv terpaksa bertapis lak dengan anak2.
Saksikan sendiri…..anda gerun? Renung diri kita….wallahualam.
Sebuah lagu yang menyentuh hati.Sedang hangat di alam siber ini.Walaupun ada sedikit kontroversi mengenai lagu ini apabila dikaitkan dengan banduan yang telah ke tali gantung apabila dituduh membunuh bakal isterinya.Apapun cerita ini tiada bukti kesahihannya walaupun heboh diperkatakan orang.Turut kontroversi apabila pencipta lagu ini tidak dpt dikesan siapa orgnya.Walaupun begitu,setelah di explore saya terjumpa seorang insan yang mengakui mencipta lagu ini.Ayie dari Singapura mengatakan…
” Tajuk sebenar lagu ni adalah “PERANGKAP CINTA”. Bukan CINTA TIGA SEGI ataupun PERMINTAAN TERAKHIR. Saya adalah pencipta sebenar lagu ni yg SAYA cipta sendiri pada tahun 1998 dan hakcipta lagu ni dibawah nama saya sendiri pada 20th March 1999. Bukan tujuan saya nakkan nama disini tapi memandangkan lagu ni BARU DISEBARKAN DI MALAYSIA selepas hampir 5thn popular di singapore,saya terpaksalah membuat penerangan sekali lagi disini bahawa memang saya AYIE yg mencipta lagu ni. Dan memandangkan saya mempunyai HAKCIPTA YG SAH di COMPASS SINGAPORE,saya boleh dgn suke hati mak bapak saya SUE sesiapa saja yg mengeluarkan lagu ni TANPA IZIN dari saya.”
Apapun dengarkan irama meruntun jiwa,lirik yang menguris rasa ini.Dengarkan…
Dimana perikemanusian? Dimana pertimbangan akal fikiran?
Dimana keimanan? Dimana kesabaran?
Tragedi Hatib Leman di’hukum’ bunuh di Kuala Perlis semalam menuntut akan keperihatinan kita.Apakah keadilan yang sebegini yang kita mahukan?Apakah adil kita menghukum hanya kerana syak wasangka?20 pasang biji mata ‘hakim2′ ini melihat dengan jelaskah jenayah yg dikatakan dilakukan oleh mangsa?Atau amarah ‘hakim2′ ini meruap hanya kerana berita tidak pasti yg sampai ketelinga mereka sahaja?Apa benar ‘hakim2′ ini ikhlas dalam jatuhkan hukuman pada mangsa atau ada perasaan lain yang berada di benak mereka?Kita harus perihatin segalanya….. Read more »
Perumpamaan yang boleh ditujukan kepada sicerdik pandai orang Malaysia.Pandainya si Sufiah mengenakan bayaran bagi yang inginkan tubuhnya.Pandainya budak U bila buat pesta liar(tak mustahil elemen sex wujud).Pandainya lepasan U bila frust bercinta terjun bangunan.
Apakah ini hasil dari didikan sistem pendidikan kita?Jika beginilah bijak pandai kita,biarlah kita terus dibelenggu kebodohan akedemik.Sekurang2nya kita tidak memalukan diri kita sendiri.Entah kenapa pula,sibuk pelbagai pihak untuk cuba membawa kembali si Sufiah kepangkal jalan.Tujuan itu murni tetapi berbaloikah usaha itu?Sedangkan selama ini dia tidak pun memikirkan nama Islam nama Malaysia yg ada padanya.Kecerdikannya tidak pun memberi sebarang makna pada malaysia.(malah kecantikannya pun tidak dapat dinikmati lelaki Malaysia apabila dia berkahwin dengan warga asing disana.) .Adalah lebih baik tenaga2 bagi usaha menyelamat Sufiah itu digunakan bagi menyelamatkan penuntut2 di Malaysia ini sendiri.Klik sini apabila fakta menunjukkan 10000 kes setahun penuntut dikenakan tindakan tatatertib dari masalah moral ini.Data ini tidak termasuk dari penuntut IPTS yang dikesan atau tidak dikesan.Lakukan halangan… lahirkan motivasi agar mereka ini(bijak pandai Malaysia) mengerti mereka yg bakal merencana negara,mereka yang bakal memimpin negara,merekalah tunjang negara.
Adalah sesuai dengan keadaan politik semasa ini,kita gerakkan usaha membawa kembali bijak pandai kita ke jalan yang benar.
p/s:lihat apa kata pakar matematik mengenai pelacuran.Klik Sini.
Tontoni video promo Drag Fast4Ward Mac 08 yg telah diadakan di Island Circuit Kg Gajah,Perak pada 9 March yg lalu.DVD penuh akan mula dipasarkan hujung minggu ini.Seperti biasa dapatkan dari saya atau wakil2 saya dengan menghubungi Aliff@panjang 0175599632 atau Shahril F4W 0135189764 dengan harga RM10.
Takziah pada seluruh keluarga Nurin Dan seluruh rakyat Malaysia. Kita seluruh rakyat Malaysia meratapinya dan kita juga lah yg bertanggungjawab atas apa yg berlaku.Perhatikan dalam diri kita.Apakah semangat kekitaan dan kejiranan begitu utuh kebelakangan ini.Kita tidak pernah ambil tahu keadaan jiran.Tidak pernah ambil tahu akan anak2 jiran.Malahan kita tidak tahu anak siapa yang selalu bermain di laman.Kita tidak bertanya kepada mana2 anak kecil yg berjalan sendirian.Kita tidak pernah ambil tahu pun mana2 anak kecil yg menangis disamping org yg mencurigakan.Kita tak pernah……kita tak pernah……dan kita tak pernah
Dipetik dari email yg dihantar ke email saya. Harap sedikit sebanyak boleh menjadikan panduan cegah jenayah untuk kita.999 melaporkan….
1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan). 2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka). 3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ). 4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka. 5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama…). 6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and offkan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert). 7. Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.Read more »
Pelbagai perisian hebat yang amat berguna,Pelbagai E-Book Berkualiti diberi.Anda hanya perlu menjadi ahli.Jadi AFFILIATE anda jana pendapatan sendiri.Pada Harga Super Murah,Memang Berbaloi.Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut >>
Hosting Murah
Anda ingin mempunyai nama domain sendiri?Ingin mempunyai blog pada domain sendiri?Anda perlukan hosting?Pada harga yang murah,Hanya 0.06sen/MB anda sudah memiliki hosting anda sendiri.Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut >>
Info Mutiara
Anda ingin tahu bagaimana menguji mutiara asli?Ingin tahu apakah Mutiara Borneo?Apa istimewanya Mutiara Borneo?Dapatkan Maklumat PERCUMA tentangnya.Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut >>
FTP Mudah
Tidak tahu bagaimana upload bahan ke server?Blur dengan FTP?Apakah Domain dan Hosting?Tiada asas internet?Kini semua maklumat dihadapan anda.Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut >>
Perisian Usahawan
Anda ada produk untuk jualan tetapi tidak tahu bagaimana hendak jual secara online.Anda tidak tahu HTML atau PHP.Anda tidak tahu membuat sales letter.Jgn risau! Kini semua tersedia untuk hanya.Beli dan terus guna.Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut >>