
Sebagai sebuah negara Islam Hadhari agak payah untuk kita mencari yang haram.Biar betul ko ni…cari yg haram wat per?.Hehe…sengaja provoke sikit.Sebenarnya tulisan saya ni agak lewat dipublishkan(bz ler).Tulisan kali ini timbul selepas membaca kolum Bicara Mufti oleh Tuan Mufti Perlis Ust Dr Asri.Walaupun tulisan2 beliau sering menimbulkan kontroversi namun tulisannya kali ini amat menarik dan saya setuju amat.Tulisannya berkaitan Logo Halal Jakim.
“sepatutnya yang hendak kita tekankan dan kawal ialah benda2 haram. Kita patut jelaskan produk dan makanan halal tidak perlu mendapat logo ‘halal’, tetapi produk atau makanan yang haram patut diletakkan logo ‘tidak halal’”
“Keadaan sekarang sebenarnya lebih mengelirukan, sebab ada banyak benda. Gula-gula umpamanya, yang tidak pun ada logo ‘halal’ tetapi dimakan oleh orang islam”
Seperti yang diketahui, Jakim mengeluarkan sijil Halal bagi memperakui makanan yang dijual adalah halal dari sudut syariah.Dan sering kali pula timbul masalah logo halal ini di salah guna oleh pengusaha2 makanan bagi meraih keuntungan.Sedangkan didalam Islam,Semuanya bermula dengan Harus,Selagi kita tidak was2 dan mengesyaki ada unsur2 haram makan makanan itu bolehlah dimakan.Tetapi dalam kontek sekarang sudah terbalik kerana kita mengutamakan makanan yg berlogo Halal Jakim sahaja.Dan logo ini pula mudah untuk disalahgunakan.
Persoalanya…kenapa tidak Jakim keluarkan Logo Haram sahaja.Jadi lebih mudah untuk kita nilaikan sendiri.Mustahil kedai hendak letakkan Logo Haram pada makanan halal kan?Baru lah bertepatan sebagai sebuah negara Islam Hadhari,susah mencari makanan haram bukannya susah mencari makanan halal.Bukan begitu?Emm fikir2…..