perniagaan internet

Untuk Menerima Email dari Saya Isikan Form Ini

Name:

Email:

We Like To Move It…

We like to move it…move it…He like to move it…move it…

Sedap lagu ni…sekali anak ajak pi tgk,terus wife aku pi beli tiket.Malam tu kami pergi ler tengok tayangan pukul 9 mlm. Best?emm pada aku yang jarang tengok wayang ni rasa xsyok je pun.hehe.Anak aku si Azrul tu je yang gelak sakan sepanjang cerita. Jadi ler…sesekali bawa anak2 menonton. Janji lepas ni belajar rajin2…Emm keputusan final exam baru ni pun agak ok so sebelum masuk tahun baru ni aku kena lah belikan di basikal baru huhu.dah janji keputusan cantek dapat hadiah basikal. Go Azrul go!!!!! You can do it….but dont forget DUIT(Doa Usaha Ikhtiar Tawakal).

Sinopsis Madagascar: Escape 2 Africa Read more »

Melutut Tak Kena Tempat

UPDATE TERKINI (baru terbaca jam13:12)

Aku menunggu apakah tindakan kerajaan khasnya serta pemimpin melayu dan pemimpin politik amnya dalam isu surat terbaru ini. Harap ambil tindakan dari segenap segi. Harus dilihat dari bahasa/tulisan yang digunakan.Harus juga dilihat dari tuduhan yang dibuat.Jangan kita terus layu lagi.

Dan jangan lupa baca email balasan mereka. Ada per2 ker ngan surat ni?

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Kebelakangan ini melayu kian layu dibumi sendiri. Kerana politik,demi politik maruah tercalar layu lunyai dihenyak orang. Mengharapkan pemimpin menjadi perisai kukuh mempertahankan bangsa,rupanya karier politik lebih diutamakan. Muka depan akhbar arus perdana hari ini melapurkan Pak Lah akan memanggil Ketua Bahagian UMNO Bukit Bendera Datok Ahmad Ismail kerana mendesak Gerakan keluar dari Barisan Nasional.Semua ini bermula apabila Datok Ahmad mengatakan org2 cina merupakan pendatang di Malaysia. Aku tidak mahu mengulas tentang kecelaruan fikiran pemimpin BN semenjak dua menjak ini. Apa yang aku fikirkan adalah mengapa pemimpin melayu terlalu berlembut,terlalu bersopan dengan orang lain sehingga me-layu-kan maruah sendiri. Kenapa begitu pantas DS Najib TPM kita memohon maaf?Kenapa beria-ia Pak Lah PM kita minta Datok Ahmad memohon maaf? Kenapa pemimpin tertinggi UMNO ini tidak mendapatkan penjelasan terlebih dahulu dari Datok Ahmad? Sekurang2nya dapat membela/mempertahankan sedikit Datok Ahmad.Bukankah UMNO memang pakar dalam berdolak dalik Pada fikiran aku yang kolot ini…………, Read more »

Selamat Menyambut Kemerdekaan ke 51

Selamat menyambut kemerdekaan ke 51 Malaysia.Semoga Malaysia terus di rahmati Allah agar rakyatnya terus hidup aman dan tenteram,terus berdaulat dan mulia. Diharap segenap lapisan masyarakat dapat menjaga kemerdekaan Malaysia ini bersama-sama tanpa mengira perbeza politik,kaum dan agama.

Ziarah Rakan

Baru2 ni dalam kekalutan kami berpindah rumah kami dikunjung balas oleh rakan dari Klang Selangor.Segan rasanya rumah tengah berselerak.Maaf ler ye Melati…makanan pun order je,Xsempat nak masak. Minggu sebelum tu sebenarnya isteri dan anak2 aku ada pergi ke rumah Melati,Shila bawakan setelah kami sekeluarga bermalam di Puchong rumah Shila.(Terima kasih banyak2).Kebetulan dia dan keluarganya balik ke Ipoh so dia buat kunjungan balas lah kiranya ni.

Seronok dapat sesekali berjumpa.Setelah hampir 10 tahun tidak berjumpa,pelbagai cerita pelbagai kenangan terimbau. Tambahan pula batch kami ni kebanyakannya kahwin sesama rakan semasa study so macam2 cerita ler boleh diimbau bersama. Teringat juga perihal rakan2 yang telah lost contact,sedih rasanya….xtahu dimana yang lain tu berada. P/S: Sesiapa yang pernah belajar bersama aku baik di SRC atau PUO antara tahun 86 - 95 harap boleh hubungi aku kembali, sambung sillaturahim.

Melati dan suami…sayang aku xdapat pergi kerana berkursus haritu.

Read more »

Pentingkan Jawatan Atau Negara?

“Persoalan yang timbul adalah, adakah wajar hanya 0.08 peratus dari lebih 3 juta ahli menentukan pucuk pimpinan parti? Dan apakah dengan jumlah perwakilan yang sedikit itu akan membuka ruang yang luas bagi pihak yang berkepentingan (dalam atau luar negara) untuk membeli atau membayar perwakilan di dalam menentukan siapa bakal menjadi Perdana Menteri yang akan datang?

Amat murah sekali kepada mereka yang berkepentingan untuk membeli perwakilan yang terdiri dari 2,560 orang! Jika RM1,000 seorang baru RM 2,560,000. Kalau RM10,000 seorang? Baru RM25,600,000. Sekiranya RM100,000 seorang, RM256,000,000 adalah terlalu kecil bagi sesebuah institusi negara asing untuk menakluk sebuah negara yang merdeka!”

Petikan dari blog rasmi Pemuda Umno.

Apa yang anda rasa bila baca petikan itu?Ternyata politik wang memang bermaharajalela dalam UMNO.Apakah sebelum ni mmg ada pemimpin UMNO yang bersengkokol dengan institusi negara asing?Terpulang pada anda untuk tafsirkan.Tapi fikiran aku berfikir lain…..

Pengucapan Awam

Pengucapan awam atau public speaking merujuk pada wikipedia adalah “Public speaking is the process of speaking to a group of people in a structured, deliberate manner intended to inform, influence, or entertain the listeners.”. Jika merujuk pada aku pula(Haha) adalah satu kaedah atau seni berucap di khalayak umum mahupun orang perorangan.

Bagi melengkapkan diri aku untuk menjadi Ahli Parlimen akan akan datang(kuang kuang kuang) aku telah memohon kursus Pengucapan Awam ini di INTAN(Institut Tadbiran Awam Negara).Dan telah dipanggil menghadiri kursus tersebut pada 2hb Jun hingga 5 Jun.Para peserta terdiri dari pelbagai golongan dari pelbagai jabatan.Kebanyakannya terlibat secara langsung dengan memberi penerangan kepada umum kecuali aku yang saja2 memohon untuk tambah ilmu bercakap.Hehe maklum ler niat dihati takdapat jadi ahli Parlimen aku nak jadi motivator. Seronok juga kursus kali ini kerana sedikit sebanyak dapat juga info2 mengenai tugas masing2. Ada yang merupakan penerbit di RTM ada penguasa Bomba ada juga yang dari Penjara malah ada yang menjaga Industri Nanas negara. Read more »

Kontroversi Lagu Mendayu

Sebuah lagu yang menyentuh hati.Sedang hangat di alam siber ini.Walaupun ada sedikit kontroversi mengenai lagu ini apabila dikaitkan dengan banduan yang telah ke tali gantung apabila dituduh membunuh bakal isterinya.Apapun cerita ini tiada bukti kesahihannya walaupun heboh diperkatakan orang.Turut kontroversi apabila pencipta lagu ini tidak dpt dikesan siapa orgnya.Walaupun begitu,setelah di explore saya terjumpa seorang insan yang mengakui mencipta lagu ini.Ayie dari Singapura mengatakan…

Tajuk sebenar lagu ni adalah “PERANGKAP CINTA”. Bukan CINTA TIGA SEGI ataupun PERMINTAAN TERAKHIR. Saya adalah pencipta sebenar lagu ni yg SAYA cipta sendiri pada tahun 1998 dan hakcipta lagu ni dibawah nama saya sendiri pada 20th March 1999. Bukan tujuan saya nakkan nama disini tapi memandangkan lagu ni BARU DISEBARKAN DI MALAYSIA selepas hampir 5thn popular di singapore,saya terpaksalah membuat penerangan sekali lagi disini bahawa memang saya AYIE yg mencipta lagu ni. Dan memandangkan saya mempunyai HAKCIPTA YG SAH di COMPASS SINGAPORE,saya boleh dgn suke hati mak bapak saya SUE sesiapa saja yg mengeluarkan lagu ni TANPA IZIN dari saya.”

Apapun dengarkan irama meruntun jiwa,lirik yang menguris rasa ini.Dengarkan…

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

Alfatihah - Tan Sri Nasimuddin

 

Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Naza,Tan Sri Nasimuddin telah kembali ke Rahmatullah pada usia 57 Tahun di sebuah hospital swasta di Long Beach, Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), kira-kira 1.40 pagi, Jumaat lalu, akibat diserang kanser paru-paru.Jenazah selamat dikebumikan pada 4.30 ptg semalam di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melaka Batu 9, Hulu Langat.Jenazah diterbangkan dari Los Angeles dan selamat tiba di Masjid Wilayah Persekutuan jam 1.30ptg.

Arwah merupakan tokoh korporat dan automotif yang berjaya.

Link berkaitan disini,situ,disinun….

Kata Paklah, Kata Rafidah Aziz, Kata Mahathir

Belasungkawa: Kereta, industri automotif ‘dunia’ Nasimuddin

Oleh Abdul Halim Yusoff…… Read more »

Next Page »