perniagaan internet

Untuk Menerima Email dari Saya Isikan Form Ini

Name:

Email:

Fatwa Vs Dunia Gila

Tertarik dengan entry terbaru SlumbeRAJA, aku pun nak ulas sedikit ler. Kebetulan terjadi pada aku baru2 ni. Baru2 ni kerab aku terima misscall dari no yang tidak ada dalam simpanan aku. Bukan aku tak jawab tapi tak sempat jawab dah terputus atau sengaja di putuskan. Aku memang tak tel balik le misscall dari no yang aku tak kenal ni. Tetapi baru2 ni sempat aku jawab satu panggilan dari no ni…

no tu : Hello ni Zaidi ker? ini mamat(bukan nama sebenar).Ingat lagi tak?
aku : hello. ye zaidi ni.Sapa erk?xberapa ingat ler.sori…
no tu : Ala dulu awal tahun kita pernah jumpa kat GM. Zaidi bagi no tel kat saya.Ingat lagi tak?
aku : O ye kot…sori ler terlupa benda dah lama.Keje kat Ipoh lagi ker.(aku hentam wat2 kenal ler…sambil2 tu aku cuba ingat2 siapa mamat ni.Yang aku ingat pernah sekali tu aku makan kat GM ngan wife,ada satu mamat kata kenal aku.lama tak jumpa dia minta no tel.Aku rasa mamat tu ler. Modus operandi yang licik)

Read more »

Sajak Kematian Menuju Kubur

Gara-gara perubahan sikap seorang murid sekolah rendah, ibu bapa murid tersebut memanggil TV3 bagi menyatakan mereka tidak bersetuju akan tayangan ’sajak kematian’ yg dipertontonkan kepada anak mereka. TV3 dengan pantas merebut peluang publisiti membicarakan akan baik buruk ’sajak kematian’ ini. Hari ini Pak Menteri turut mengatakan ia tidak sesuai ditayangkan pada usia muda.sajak/video klip ini kini menuju kubur. Nampaknya pepatah melayu kata ‘melentur buluh dari rebung’ telah turut mati hari ini. Pak Menteri kata,pendidikan harus berhemah bukan dengan menakut2kan. Aku setuju! Tp apakah benar tayangan klip video sajak selama 10 minit 48 saat itu meninggalkan kesan ‘menakutkan’ yang akan merosakkan minda pelajar tersebut? Pernah aku membawa anak2 aku ke perkhemahan motivasi sepanjang cuti sekolah, antara pengisiannya adalah tayangan klip video ini. Anak aku berumur 4tahun dan 9 tahun pada masa itu. Tiada pula aku lihat kesan negatif yang terjadi malahan aku bangga bila impak yang ditunjukkan mereka,mereka peka akan waktu azan dan tahu kesan akibat jika berbuat jahat. Aku ingat Dr dan suami mualafnya tu tercabar bila anaknya tanya kenapa tak sembahyang kot.

Sekarang,bila disensasikan ramailah ibu bapa yang turut tidak bersetuju akan tayangan tersebut.Patutlah dunia hari ini carca merba. Sudahlah kita sebagai ibubapa tidak berjaya membentuk akhlak anak2,bila orang lain cuba membentuk kita pula halang. Sebab itu budak sekolah sekarang sudah pandai macam2. Masih bersekolah tapi sudah pandai ‘geli2′, masih bersekolah sudah pandai hisap dadah minum todi, masih bersekolah berani bagi cikgu tapak kaki. Aduh ibu bapa sekalian…. Kenapa suasana alam persekolah dulu berbeza? Tak tau le kalau korang pun gitu gak dulu.. Teringat tulisan Pyanhabib.

Herannya….kenapa ibu bapa tidak bising bila siaran tv kita baik siaran berbayar atau percuma menayangkan cerita2 karut marut? Cerita mahupun iklan kebelakangan ini pun byk berkisar tentang hantu/mistik dan sex, iklan tuala wanita pun sekarang ni seolah tayangan 18sx. Malu dengan anak2 bila tengok tv. Aku yang jarang tengok tv ni kadang2 meluat bila nak bersenang2 hati tengok tv terpaksa bertapis lak dengan anak2.

Saksikan sendiri…..anda gerun? Renung diri kita….wallahualam.

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

Mencari Yang Haram

Sebagai sebuah negara Islam Hadhari agak payah untuk kita mencari yang haram.Biar betul ko ni…cari yg haram wat per?.Hehe…sengaja provoke sikit.Sebenarnya tulisan saya ni agak lewat dipublishkan(bz ler).Tulisan kali ini timbul selepas membaca kolum Bicara Mufti oleh Tuan Mufti Perlis Ust Dr Asri.Walaupun tulisan2 beliau sering menimbulkan kontroversi namun tulisannya kali ini amat menarik dan saya setuju amat.Tulisannya berkaitan Logo Halal Jakim.

“sepatutnya yang hendak kita tekankan dan kawal ialah benda2 haram. Kita patut jelaskan produk dan makanan halal tidak perlu mendapat logo ‘halal’, tetapi produk atau makanan yang haram patut diletakkan logo ‘tidak halal’”

“Keadaan sekarang sebenarnya lebih mengelirukan, sebab ada banyak benda. Gula-gula umpamanya, yang tidak pun ada logo ‘halal’ tetapi dimakan oleh orang islam”

Seperti yang diketahui, Jakim mengeluarkan sijil Halal bagi memperakui makanan yang dijual adalah halal dari sudut syariah.Dan sering kali pula timbul masalah logo halal ini di salah guna oleh pengusaha2 makanan bagi meraih keuntungan.Sedangkan didalam Islam,Semuanya bermula dengan Harus,Selagi kita tidak was2 dan mengesyaki ada unsur2 haram makan makanan itu bolehlah dimakan.Tetapi dalam kontek sekarang sudah terbalik kerana kita mengutamakan makanan yg berlogo Halal Jakim sahaja.Dan logo ini pula mudah untuk disalahgunakan.
Persoalanya…kenapa tidak Jakim keluarkan Logo Haram sahaja.Jadi lebih mudah untuk kita nilaikan sendiri.Mustahil kedai hendak letakkan Logo Haram pada makanan halal kan?Baru lah bertepatan sebagai sebuah negara Islam Hadhari,susah mencari makanan haram bukannya susah mencari makanan halal.Bukan begitu?Emm fikir2…..

IniLah Lirik Negarakuku

Inilah lirik yg dihasilkan oleh SiCela** Namewee yg dikatakan belum matang.Liriknya nyata menghentam kerajaan,org Melayu(Islam) dari segenap segi.
Setakat ini kerajaan masih membatu walau hari2 kita dengar desakan dari beberapa pemimpin negara.Namun apakah suara desakan ini sekadar untuk jadi jaguh media?Apakah tindakan selanjutnya?Mahu tunggu Pak Lah????
Emm…

terjemahan oleh laocai99

ILoveMyCountry - Negarakuku


Negaraku
Negarakuku
Negaraku
Negarakuku
Negaraku
Negarakuku
Read more »

Al-Arqam oh Al-Arqam

Bagaimana erk nak menghadapi ajaran sesat ini? Kuatkan iman pohon dari Allah jauhkan dari kesesatan. Al-Arqam dah tamat riwayat….napa sekarang tiba2 isu Rufaqa timbul? Rufaqa telah bertitik tolak dari pembubaran Al-arqam.(semasa Abuya dalam buangan daerah lagi). Heran pula kenapa setelah rufaqa pesat perniagaan nya(9juta lebih asetnya jika tidak silap) tiba2 JAIS melompat terkam? Ada kaitan kah antara perniagaan Rufaqa dengan ajaran Muhammadiah?(bukan kah Abuya sentiasa di pantau KDN?). Harap JAIS dapat menyekat aliran ajaran sesat ini andai ada. Tapi di harap jangan ler pula perniagaan Rufaqa itu pula yg jadi mangsa.(perniagaan mereka sesat juga kah?).
Mamat ni Al_Arqam juga ke? Tidak! jauhkan ler aku dari kesesatan. Tapi untuk makluman…. tau fu fa,air soya,keaw tiaw….masa dulu keluarga kami tak makan(cina je yg jual tahun2 seblm 80′an).Mula keluarga kami makan makanan ni setelah puak2 A-Arqam ni ler buat dan jual. Dan bila Rufaqa berkembang….aku suka beli barang dapur di kedai runcitnya(tambahan masa aku duduk di Perda BM).Walau pun kadang sedikit mahal tapi keikhlasan terbayang dalam perniagaan mereka. Dan yg penting mereka menjana kekuatan ekonomi ummah. Kita kekurangan penyumbang ekonomi,semua di kuasai bangsa lain di Malaysia ini. Jika ada org kita berniaga sedikit sebanyak bantu lah kembangkan,bukan menjatuhkan. Tidak kira lah Org kita itu dari golongan Rufaqa atau tidak.
Harapan saya Majlis agama negeri khasnya JAIS dapat membendung gejala kesesatan ini. Dalam masa yang sama bertindak adil lah pada perniaagan mereka. Perbetul akidah majukan ekonomi. Insya Allah.