Paypal Adalah Satu Keperluan!
Bila kita berbicara mengenai suatu keperluan, pastinya terpancar
difikiran masing-masing bahawa ia sama penting dengan keperluan
asas hidup kita sebagai manusia. Ia bermakna ia sama penting
dengan makanan, pakaian serta rumah anda.
Situasi ini sama sahaja seperti keperluan untuk anda menjalankan
perniagaan internet anda. Jika tiada salah satu keperluan untuk
anda memulakan perniagaan internet, sudah pasti keadaan bisnes
anda akan jadi tak stabil dan tak mustahil ia tidak akan sekali
menguntungkan anda. Sama sahaja seperti bila kita tiada makanan
sudah tentu hidup akan kelaparan dan tidak tenang.
Baiklah, berbalik kepada tajuk asas pada post kali ini, Paypal
merupakan suatu keperluan untuk anda semua menjalankan perniagaan
internet anda. Tanpa Paypal, perniagaan internet anda terutamanya
target market luar negara anda akan gagal menjual.
Bayangkanlah ……..jika anda mengeluarkan modal RM500 untuk memulakan
perniagaan internet (outsources semua kerja), tapi anda tidak
berjaya mendapat balik modal ataupun tidak mampu mendapat satu
sen pun daripada jualan anda.. Huh! Ia suatu mimpi ngeri untuk
anda dan perniagaan anda!
Persoalannya ialah apakah itu Paypal dan mengapakah ia merupakan
suatu keperluan dalam perniagaan internet anda?
Paypal merupakan sebuah internet payment processing yang popular
digunakan oleh pengguna internet diluar negara. Ini kerana Paypal
adalah percuma untuk semua pengguna internet dan anda tidak perlu
membayar untuk menghantar wang atau menerima wang secara online
melalui internet tanpa perlu beratur panjang di bank. Malahan anda
boleh menghantar atau menerima wang walau dimanapun anda berada.
Boleh dikatakan hampir setiap pengguna internet mempunyai sekurang
kurangnya satu akaun Paypal untuk menghantar serta menerima wang
daripada keluarga, rakan-rakan mahupun daripada para pelanggan.
Jadi tidak hairanlah para usahawan internet luar negara menggunakan
kemudahan ini untuk menerima pembayaran daripada pelanggan mereka
kerana ramai pengguna internet menggunakannya.
Sama juga seperti anda, jika anda tidak menggunakan Paypal untuk
menerima pembayaran dalam perniagaan internet anda terutamanya
bisnes market luar negara, ia merupakan suatu kerugian terbesar
bagi anda kerana para pengguna majoritinya menggunakan Paypal
untuk membeli sesuatu produk. Malahan Paypal juga mampu proses
pembayaran melalui kad kredit dengan mudah dan selamat.
Kesimpulannya anda memerlukan Paypal untuk perniagaan internet
anda!
Ingin tahu bagaimanakah Caranya untuk menggunakan Paypal dalam
urusan perniagaan internet anda dan memaksimumkan penggunaannya
untuk mendapat keuntungan yang lebih lumayan?
Sahabat Usahawan Internet yang saya kenali, Ahmad Adnin telah
menerbitkan Set Video untuk mempelajari cara menggunakan paypal
dalam perniagaan internet anda dan memaksimumkan penggunaannya
untuk mendapat keuntungan yang lebih lumayan.
Set Video Belajar Paypal ini menunjukkan langkah demi langkah
secara live melalui video bagi membantu anda menggunakan Paypal
dalam perniagaan internet anda. Video ini sesuai untuk semua
golongan kerana ia dalam bahasa Melayu sepenuhnya.
Terdapat 5 Video Khas Yang Merangkumi:
Video 1-:Pengenalan Paypal
Video 2-:Pengenalan Akaun Dan Panduan Pendaftaran
Video 3-:Panduan Butang Pembayaran
Video 4-:Panduan Profile
Video 5-:Panduan Extra (mengandungi beberapa nasihat penting)
Anda boleh mendapatkannya di:
http://www.belajarpaypal.com
Opps, Tunggu dahulu. Jika anda mendapatkan Panduan Video Belajar
Paypal ini daripada affiliate link saya, anda turut mendapatkan
bonus istimewa berikut daripada saya:

Usah bimbang, anda akan mendapatkannya dengan segera setelah anda
membuat pembelian anda. Anda hanya perlu emailkan kepada saya di
isma_ilpipoh@yahoo.com setelah anda membuat pembayaran untuk memiliki
Video Belajar Paypal ini. Saya akan terus menghantarnya serta-merta
bonus ini kepada anda.
Jadi dapatkannya sekarang juga di:
http://www.belajarpaypal.com







































setuju… paypal mmg penting, kalo serius nak buat duit online… signup free je then verify credit card or debit card.. tu je…
Memilih Rakan: Kualiti atau Kuantiti?
Anda Meraba atau Diraba?
Antara Mamak dan McD, Yang Mana Pilihan di Hati?
Pesta Membeli Belah Raya Bermula!
betul tu, pay pal account memang penting untuk semua, tak kira untuk ‘kaki shoping’ atau ‘kaki niaga’ hehehe
Salam Zaidi. Wah, saya pun tertarik dengan blog ini. Banyak info tentang perniagaan. Terima kasih Zaidi. Saya add link awak kat blog saya ye. Saya tertarik dengan Paypal ni. Confirm selamat ke?
Puteri…terima kasih melawat blog ini.Harap rajin2 beri komen pada artikel2 sebelum dan selepas ini.Emm actually blog saya ini tidak tertumpu kepada e-biz,saya sekadar menulis apa yg terlintas difikiran berdasar kpd kelapangan masa saya:).Namun info dan link2 affiliate e-biz ini amat berguna untuk yg ingin memahirkan/mendekatkan diri dengan ilmu e-biz.Insya Allah.Lawati selalu ye.