Petai Oh Petai
Dah lama aku xmakan petai.Tapi malam tadi isteri aku masak sambal tumis ikan bilis dengan petai.Mak aih sedapnya…..meleleh. 
Korang takmakan petai?hehe ramai yang tak makan petai disebabkan baunya yg ’semerbak’ .Malah ramai yang hendak belinya pun malu.Siap tutup muka lagi… Namun semasa makannya ramai yang seolah lupa akan baunya.Tak sedar nasi bertambah di pinggan.Betul tak?hehe…
Apa pun sebenarnya petai merupakan sejenis tumbuhan dalam famili Leguminosae yang berasal dari kawasan Asia Tenggara yang beriklim panas lembap. Pokok ini selalunya tumbuh meliar di dalam hutan-hutan Malaysia, Indonesia, Brunei and Thailand, tetapi jarang didapati selain kawasan Asia Selatan. Nama botaninya Parkia speciosa.Buah petai terdapat dalam deretan panjang dan nipis yang dikenali sebagai “papan”. Setiap papan buah mempunyai antara 12 hingga 15 biji benih tersusun memanjang sepanjang buah. Buah ini, yang panjangnya sehingga 50 sentimeter apabila cukup tua, mempunyai kulit yang tebal tetapi lembut, benih dan licin berwarna kemerah-merahan. Biji-biji inilah yang dimakan kadang-kadang mentah dan kadang-kadang dibakar. Buah petai sering dimakan sebagai ulam oleh peminat, tetapi kurang popular betul ker? kerana mempunyai bau yang kuat. Biasanya, petai dicicah dengan sambal untuk dimakan bersama nasi. Biji-biji petai yang dikupas, biasa juga dimasak sambal tumis bersama ikan bilis, udang atau kerang.
Disebalik baunya yg agak kuat,berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat, 71% air, banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C. Sebenarnya kandungan pemakanan biji petai berbeza mengikut umur dan kesegaran bijinya. Buah petai yang kecut ataupun bijinya tidak membulat mempunyai kandungan khasiatnya kurang. Dalam perubatan tradisional Melayu, biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang, serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.
Dengan begitu banyak khasiat yang boleh didapati dari pemakanan petai ini tidak perlulah kita malu membeli dan mengamalkan pemakanannya. Sesekali petai ini amat mujarab digunakan sebagai penyembuh dan pembersih organ dalaman kita,terutama bagi seorang perokok.







































hehehe…entry kali nie bley bg komen, sb adi mkn petaaaiii…hahahahha….entry mkn doyan taleh nk bg komen sb tak makan….hahaha….tah le, kene masok fear factor nie…:D,baru leh sombat dlm molot…
tapi….ade tapi tuh, adi mkn petai ngan kulit2 skali, kalo sebijik2 cam gtuh adi tak mkn…isk, memacam makcek sorang nie…hehehe….adi akan potong nipis2 petai tu baru masak…then baru leh ngapp..ler…terpjg la komennye…nie cite dh nie, bkn komen…hahhaha
Hehe..thx komen.Panjang2 pun xpe komen:)
O petai yg lebih baunya makan lak erk?Tapi betul ler….tumis petai ngan kulit2,ptg nipis…sempoi.Ubat tu.hehe
hhehehe…petai tu dah gaol ngan nasik, tak le rase sgt, tambah2 ptg nipis2…nk rase mende…hehehe
dah lama x makan petai… macam mana nak pilih petai yg sedap dimakan?
anyone wanna exchange link? slumbeR@J@!
huh! gampang tul minah 2 org tu beli petai..:P
apa pun ‘aku x suka mkn petai dan x penah bli petai..tp pda 1 hari aku di paksa bli petai sbgai ole2..’ aduhyaii..
wahh sedap nyerrrrrrrrrr sambal petai ni!
meh le share resepi nye.. boleh gak try buat untuk berbuka pose! hihihi
memang sedap…2 kali dah dok buat dlm bln ni.Tapi yg kemarin buat petainya dah lebam ler hehe.Emm aku tgk dia main campak2 je.Goreng bilis sikit,tumis cabai bawang buh petai.Letak dlam piring pastu dengar azan sumbat ke dalam mulut.hahaha. tu je resepinya….