Ziarah Rakan
Baru2 ni dalam kekalutan kami berpindah rumah kami dikunjung balas oleh rakan dari Klang Selangor.Segan rasanya rumah tengah berselerak.Maaf ler ye Melati…makanan pun order je,Xsempat nak masak. Minggu sebelum tu sebenarnya isteri dan anak2 aku ada pergi ke rumah Melati,Shila bawakan setelah kami sekeluarga bermalam di Puchong rumah Shila.(Terima kasih banyak2).Kebetulan dia dan keluarganya balik ke Ipoh so dia buat kunjungan balas lah kiranya ni.
Seronok dapat sesekali berjumpa.Setelah hampir 10 tahun tidak berjumpa,pelbagai cerita pelbagai kenangan terimbau. Tambahan pula batch kami ni kebanyakannya kahwin sesama rakan semasa study so macam2 cerita ler boleh diimbau bersama. Teringat juga perihal rakan2 yang telah lost contact,sedih rasanya….xtahu dimana yang lain tu berada. P/S: Sesiapa yang pernah belajar bersama aku baik di SRC atau PUO antara tahun 86 - 95 harap boleh hubungi aku kembali, sambung sillaturahim.
Melati dan suami…sayang aku xdapat pergi kerana berkursus haritu.


Ni gambar semasa diorang ziarah kami pula.Terima kasih sudi singgah.


Rumah tengah berselerak…cari gelas pun xjumpa.Hehehe…
Lagi gambar tgk kat Forum.






































