Pesta Durian Kembali

Demam durian telah melanda lagi (dah nak abis musim pun), raja buah yang begitu diminati oleh sebilangan besar rakyat Malaysia (Adi xmakan durian-rugi wooo) begitu mudah didapati apabila tiba musimnya. Ada yang menjual secara longgok,ada yang jual secara biji malah ada yang jual secara timbang. Ada yang murah ada yang mahal namun raja buah ini tetap digemari.
Baru2 ni,kami sekeluarga pergi ke Kg Gajah dimana keluarga Ila rakan sekerja isteri aku telah membuat ‘kenduri’ durian. Puas dapat makan dikebun,fresh kata org……Bukan setakat makan mentah, kami turut makan dengan pulut.Emm yummy! Terima kasih…moga murah rezeki dan rajin pokok berbuah lagi:) (kami tak malu datang lagi pada musim akan datang hehe)
Nak tgk gambar? Teruskan membaca….



Lagi gambar Klik Sini ye…






































