Happy Belated Birthday Zaidievo
Yeah…sebenarnya birthday aku 08.08 baru2 ni. Org kata tarikh keramat,tarikh yang baik. Bagi aku dia sekadar tarikh yang menyukat usia dunia.Tiada apa2 lain yang istimewa,jika sesuatu berlaku pun ia hanya bersifat kebetulan. Sibuk sangat kebelakangan ni tak tau ler apa yang disibukkan menyebabkan aku begitu payah nak menggerakan jejari ni bermain di keyboard ni. Apa pun aku nak ucap terima kasih kepada yang beri ucapan selamat,yang beri hadiah pada aku. Tak lupa juga pada isteri dan anak2 aku yang belanja aku makan pizza malam tu:).
Oh tidak lupa juga rakan2 sekerja di pejabat yang buat majlis harijadi buat kami yang menyambutnya pada bulan ogos ni. Daripada 9 orang staff TKS ni, selain aku4 orang menyambut hari lahir (kalau hari jadi xtau bila sebenarnya bila ‘anak berudu’ tu bercantum hehe) pada bulan ogos Khairi aka azroy beb,Taty dan Shazwan. Terima kasih buat KB Pn Rufina yang sponsor kek,Adiniah yang sponsor macaroni, Niza yang sponsor choc donut,LeenChips yang sponsor spaghetti birthday kali ni semua Italian recipe rasa dok Italy lak hehe beserta rakan lain Subhi dan Param. Sedap2 belaka.(letak tepi terus bihun goreng yang aku beli pagi tadi) .Makan spaghettini buat aku teringan dialog Azhar Sulaiman dalam filem Abang 92 ….’entah kenapa spaghetti ni terasa masam…’ .Teringat sebab,semasa menonton filem Abang 92 ni lah waktu mula aku cakap pada sorang perempuan yang merupakan kawan sekelas aku yang aku nak jadikan dia teman istimewa aku.Hehehe…memang istimewa sungguh ler sebab sampai sekarang dia jadi teman hidup aku isteri aku sekarang.


Ya Allah Panjangkan Ler Umur Mereka Murahkan Lah Rezeki Mereka……..
Korang dah boleh buat bisnes ler…pastry and italian taste homemake


Birthday Boy,Birthday Girl dah xsabar nak makan!










































alamak. terlambat lak.. happy belated besdey! moga cepat2 dpt cucu hehe