perniagaan internet

Untuk Menerima Email dari Saya Isikan Form Ini

Name:

Email:

Nantikan Di Ipoh!

Ipoh Memori Lane

Artikel kali ni berinspirasikan dari blog si kodok ni:). Lama dah xpergi merayap2 kat sini.Dulu org sini panggil ‘belakang Locking’ dan lokasinya dahulu di pinggir Sg Kinta yang sekarang ni jadi ‘The Riverfront’ yang ada Nashmir Nasi Kandar tempat kawan aku si Mie Emperor melayan internet free melalui PDAnya.

Emm kalau korang peratikan,Memory Lane ni sama atau lebih kurang je ngan Rope Walk belakang Stadium P.Pinang atau kat Bagan tu. Dari jam 7 pagi sampai 1 ptg Memory Lane ini begitu sibuk dengan aktivitinya.

Banyak barangan2 lama yang sukar didapati boleh dicari disini… Read more »

Che Det Keluar UMNO

Hari ni pagi2 lagi di TV keluar ulasan berita Che Det keluar dari UMNO.Gempar! Tapi pada aku biasa je. Dato Onn juga keluar UMNO,Tunku Abd Rahman juga keluar UMNO. Bila parti sudah tidak dirasakan memperjuangkan apa yang mereka rasa harus diperjuangkan,maka mereka akan keluar parti. Jadi tiada yg harus digemparkan. Persoalannya kenapa sekarang? Apakah ini berkaitan dengan isu ‘video Lingam’ yang turut membabitkan Tun Mahathir? Apakah Tun tidak ’senang’ apabila kabinet memutuskan untuk mengumumkan kepada umum hasil siasatan suruhanjaya? Hanya Tun yang boleh menjawabnya.

Apa pun,untuk meneruskan ’survivar’ perjuangan Pak Lah,’pemergian’ Tun ini harus di redhakan setelah kebelakangan ini Tun sering memperkatakan soal cara pemerintahan Pak Lah. Kata mantan timbalan perdana menteri Dato Musa Hitam….’duri dalam daging telah keluar’. MungkinPak Lah lebih mudah mentadbir negara dengan acuannya sendiri dengan ketiadaan Tun. Mungkinkah juga Pak Lah akan menerima asakan lebih kuat dari parti politik lawan?Mungkinkah juga Pak Lah akan menerima asakan yg lebih kuat dari dalam UMNO? Apakah Pak Lah dapat menerima semua tekanan ini?Kita nantikan………..

Penawar Gejala Stress

 

Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang dialami oleh wanita?

Satu kenyataan telah dikeluarkan oleh bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu setelah satu kajian membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan melancarkan perjalanan haid.

Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America sebelum ini,bau ketiak lelaki yang sengaja ‘diproses’ daripada lelaki yang tidak memakai deodorant digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh ‘digoda’ dengan bau lawan sejenisnya. Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian disapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45tahun tanpa memberitahu ia adalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut.

Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur. Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang (stress).

Dipetik dari majalah PA&MA…Feb 2004

Emm balik ni nak calit bau ketiak aku kat bini aku lak,test.

Blog Affiliate

Apakah affiliate?Affiliate bolehlah ditakrifkan sebagai satu sistem pemasaran berangkai yg digunakan pedagang online bagi meluaskan pasaran mereka.Jika dalam keadaan perniagaan biasa,affiliate ini boleh lah dikatakan sebagai agen jualan.

Dipetik dari kata http://www.hartawaninternet.com
“Pada dasarnya program affiliate adalah satu kaedah pemasaran berangkai yang digunakan oleh peniaga-peniaga online atau disebut juga sebagai penganjur untuk menyebarluaskan pasaran mereka. Caranya mudah saja. Tarik sesiapa sahaja supaya berminat menjadi agen jualan atau istilah internetnya, affiliate.

Afilliate tidak perlu mengeluarkan sebarang modal untuk memulakan peranannya dan tak perlu menjual apa-apa sebagaimana agen jualan konvensional. Read more »

Nilai RM1.14Juta Pada Mereka…

Pada mereka RM1.14 juta hanya lah gaji kepada 3 org penasihat. Siapa penasihat tersebut? Mereka adalah org2 bijaksana yg memberi nasihat kepada kepimpinan negara. Aku percaya korang kenal Dato Seri Syarizat Jalil, Tun Mahathir dan Tan Sri Hamid Othman.

Pada kita ni, RM1.14 Juta ini kita boleh bina skrg2nya 36 buah rumah untuk rakyat atau setidak2nya membayar gaji 1260 org kakitangan awam yang berpendapatan lebih kurang RM900 sebulan.Emm ini perkiraan bodoh aku ni ler.

Bukan aku hendak mempertikai 3 org penasihat ini.Aku percaya akan kebolehan dan daya fikir mereka cumanya….tidakkah mereka ini bertindih kerja dengan Menteri2 yang dilantik?Apakah fail meja mereka ini tidak sentuh dengan tugas menteri2 sedia ada?

Fakta diatas bersumber kepada jawapan bertulis yg diberi oleh PM kita bagi menjawab di sidang parlimen yang lalu.. Read more »

Kontroversi Lagu Mendayu

Sebuah lagu yang menyentuh hati.Sedang hangat di alam siber ini.Walaupun ada sedikit kontroversi mengenai lagu ini apabila dikaitkan dengan banduan yang telah ke tali gantung apabila dituduh membunuh bakal isterinya.Apapun cerita ini tiada bukti kesahihannya walaupun heboh diperkatakan orang.Turut kontroversi apabila pencipta lagu ini tidak dpt dikesan siapa orgnya.Walaupun begitu,setelah di explore saya terjumpa seorang insan yang mengakui mencipta lagu ini.Ayie dari Singapura mengatakan…

Tajuk sebenar lagu ni adalah “PERANGKAP CINTA”. Bukan CINTA TIGA SEGI ataupun PERMINTAAN TERAKHIR. Saya adalah pencipta sebenar lagu ni yg SAYA cipta sendiri pada tahun 1998 dan hakcipta lagu ni dibawah nama saya sendiri pada 20th March 1999. Bukan tujuan saya nakkan nama disini tapi memandangkan lagu ni BARU DISEBARKAN DI MALAYSIA selepas hampir 5thn popular di singapore,saya terpaksalah membuat penerangan sekali lagi disini bahawa memang saya AYIE yg mencipta lagu ni. Dan memandangkan saya mempunyai HAKCIPTA YG SAH di COMPASS SINGAPORE,saya boleh dgn suke hati mak bapak saya SUE sesiapa saja yg mengeluarkan lagu ni TANPA IZIN dari saya.”

Apapun dengarkan irama meruntun jiwa,lirik yang menguris rasa ini.Dengarkan…

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

Mencari Yang Haram

Sebagai sebuah negara Islam Hadhari agak payah untuk kita mencari yang haram.Biar betul ko ni…cari yg haram wat per?.Hehe…sengaja provoke sikit.Sebenarnya tulisan saya ni agak lewat dipublishkan(bz ler).Tulisan kali ini timbul selepas membaca kolum Bicara Mufti oleh Tuan Mufti Perlis Ust Dr Asri.Walaupun tulisan2 beliau sering menimbulkan kontroversi namun tulisannya kali ini amat menarik dan saya setuju amat.Tulisannya berkaitan Logo Halal Jakim.

“sepatutnya yang hendak kita tekankan dan kawal ialah benda2 haram. Kita patut jelaskan produk dan makanan halal tidak perlu mendapat logo ‘halal’, tetapi produk atau makanan yang haram patut diletakkan logo ‘tidak halal’”

“Keadaan sekarang sebenarnya lebih mengelirukan, sebab ada banyak benda. Gula-gula umpamanya, yang tidak pun ada logo ‘halal’ tetapi dimakan oleh orang islam”

Seperti yang diketahui, Jakim mengeluarkan sijil Halal bagi memperakui makanan yang dijual adalah halal dari sudut syariah.Dan sering kali pula timbul masalah logo halal ini di salah guna oleh pengusaha2 makanan bagi meraih keuntungan.Sedangkan didalam Islam,Semuanya bermula dengan Harus,Selagi kita tidak was2 dan mengesyaki ada unsur2 haram makan makanan itu bolehlah dimakan.Tetapi dalam kontek sekarang sudah terbalik kerana kita mengutamakan makanan yg berlogo Halal Jakim sahaja.Dan logo ini pula mudah untuk disalahgunakan.
Persoalanya…kenapa tidak Jakim keluarkan Logo Haram sahaja.Jadi lebih mudah untuk kita nilaikan sendiri.Mustahil kedai hendak letakkan Logo Haram pada makanan halal kan?Baru lah bertepatan sebagai sebuah negara Islam Hadhari,susah mencari makanan haram bukannya susah mencari makanan halal.Bukan begitu?Emm fikir2…..

Next Page »