Induksi Kuantan
Bertempat di De Rhu Beach Resort Beserah,Kuantan pahang dari 9hb hingga 19hb Feb yang lalu,Kementerian Sumber Manusia telah mengadakan Kursus Induksi Modul Umum/Khusus nagi Kumpulan Sokongan 2 bagi bil1/2008.Seramai 60 orang peserta dari pelbagai jabatan di bawah KSM telah hadir bagi kursus kali ini.
Aku sekali lagi diberi tanggungjawab menjadi fasilitator selaku penilai kepada peserta.Secara keseluruhan,peserta kali ini tidak menimbulkan sebarang masalah dan berjaya mengikuti keseluruhan program.(agak mudah kali ni jaga depa.hehe)
Adalah menjadi harapan kami(KSM) objektif kursus terlaksana dan dicapai oleh para peserta.Selain memahami Visi/misi serta peranan setiap jabatan dibawah Kementerian,peserta juga diterapkan elemen2 modal insan agar menjadi penjawat awam yang disegani dan berwibawa,yang mampu merubah tanggapan serong masyarakat akan peranan dan fungsi penjawat awam dalam menjalankan tugas seharian.
Buat peserta,Moga berjumpa lagi dilain masa.Insya Allah.
p/s: gambar2 yang dpt dirakam oleh lensa kamera saya ada saya paparkan sedikit di forum saya.Hubungi saya jika anda ingin dapatkan gambar2 yang saya kumpulkan dalam DVD berformat Jpg.






































