perniagaan internet

Untuk Menerima Email dari Saya Isikan Form Ini

Name:

Email:

Demam PilihanRaya 2008

Esok tepat jam 9pg waktu Malaysia,parti-parti yang bertanding dalam pilihanraya ke 12 Malaysia akan mendaftar calon2 yang bertanding.Esok akan diketahui siapa yang akan menentang siapa,apakah satu lawan satu atau lawan 3 penjuru.Tertunggu2 juga apakah pembangkang dapat meneruskan pakatan dalam susunan kerusi yang dipertandingkan.

Semenjak 13hb Feb lalu,jentera-jentera parti yg bertanding telah mula mengerakkan pasukan mereka.Esok pastinya lebih giat lagi usaha-usaha menawan pengundi dijalankan.Pastinya juga ceramah-ceramah akan menyusuri pekan dan desa.Calon-calon menunjuk muka dan menghulur derma. Sebagai rakyat Malaysia sebagai pemilih yang sah,jalankanlah tanggungjawab kita kelak (8Mac 2008). Mengundilah!

Dalam kepanasan demam pilihanraya ini,jagalah adab jagalah sensitiviti agama dan kaum.Agar ‘kepanasan’ ini tidak berlarutan hingga berlaku perpecahan dalam masyarakat.Kita perlu ingat,kita warga Malaysia yg berdaulat…kita hidup dalam berbilang agama,bangsa dan budaya. Malahan kita sesama kita juga harus ingat akan ikatan silaturahim walaupun kita berbeza parti walau kita berbeza undi. Read more »

Induksi Kuantan

Bertempat di De Rhu Beach Resort Beserah,Kuantan pahang dari 9hb hingga 19hb Feb yang lalu,Kementerian Sumber Manusia telah mengadakan Kursus Induksi Modul Umum/Khusus nagi Kumpulan Sokongan 2 bagi bil1/2008.Seramai 60 orang peserta dari pelbagai jabatan di bawah KSM telah hadir bagi kursus kali ini.

Aku sekali lagi diberi tanggungjawab menjadi fasilitator selaku penilai kepada peserta.Secara keseluruhan,peserta kali ini tidak menimbulkan sebarang masalah dan berjaya mengikuti keseluruhan program.(agak mudah kali ni jaga depa.hehe)

Adalah menjadi harapan kami(KSM) objektif kursus terlaksana dan dicapai oleh para peserta.Selain memahami Visi/misi serta peranan setiap jabatan dibawah Kementerian,peserta juga diterapkan elemen2 modal insan agar menjadi penjawat awam yang disegani dan berwibawa,yang mampu merubah tanggapan serong masyarakat akan peranan dan fungsi penjawat awam dalam menjalankan tugas seharian.

Buat peserta,Moga berjumpa lagi dilain masa.Insya Allah.

p/s: gambar2 yang dpt dirakam oleh lensa kamera saya ada saya paparkan sedikit di forum saya.Hubungi saya jika anda ingin dapatkan gambar2 yang saya kumpulkan dalam DVD berformat Jpg.

img_4450.JPG

Sepuluh Tahun Dulu Di Ketika Ini

Saat ini sepuluh tahun dulu, aku sedang berpeluh gementar.Ketika ini sepuluh tahun, dulu sejarah hidup aku mula terbentuk.Hari ini sepuluh tahun dulu,aku sudah mula mengenal tanggungjawab.Sepuluh tahun dulu diketika ini,aku bersiap menjadi seorang SUAMI yg sah buat Hazaliza Bt Shaharuddin.

Hari ini setelah merasa dihempas gelora dipukul ombak,setelah merasa madu dan halwa hidup bersama,Syukur Alhamdulillah kami dikurniakan kebahagian ini buat 10tahun yg bertama usia pernikahan kami.Semoga ia terus kekal. Biarpun ada kalanya tak tertelan rasa pahit,berdua kami menelannya jua.Biarpun adakala sedikit rasanya madu,berdua kami meneguknya. Sesungguhnya aku masih belum puas menikmati nikmat hidup bersamanya,ingin aku terus hidup bersama hingga ke akhirnya.Doakanlah kebahagian kami.Moga doa ini dimakbulkan Tuhan.

Selamat Menyambut Ulangtahun Perkahwinan Kita Yg Ke Sepuluh,Sayang.

“Terima kasih atas apa yg Za dah lakukan buat keluarga kita.Sesungguhnya pengorbanan Za menjadi isteri dan ibu dalam keluarga ini tak terbalas oleh abang. Abang juga mohon seribu kemaafan atas apa jua keterlanjuran yg abg lakukan pada keluarga kita.Biar apa yg berlaku,hati abg tetap pada keluarga kita ini.”