Dimana Bumi Di Pijak
‘Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung’ kata pepatah lama.Begitulah juga bagi kerjaya kita ini terutama kami sebagai kakitangan awam yang sentiasa berubah samada tempat kerja mahupun sesama rakan sekerja.Apatah lagi dengan pertukaran ketua pejabat atau pengarah kerana bersara atau kenaikan pangkat.
25hb Januari 2208,sekali lagi ILP ipoh mengalami pertukaran Pengarah apabila Pengarah sebelum ini Pn Rosnah Mohd Tahir telah dipindahkan ke ILP Kuala Langat atas kenaikan pangkat beliau.Tahniah atas kenaikan pangkat tersebut.

Cemburu kami disini(ILP Ipoh) kerana kami ‘tidak memiliki’nya lagi.Begitu banyak pembaharuan yg telah dilakukan,walaupun pada perkiraan beliau(quote dari ucapan perpisahan beliau) ‘hanya sempat melakukan 40% dari apa yg dirancang’.Aku percaya jika ada 5 tahun lagi beliau disini pasti sekurang-kurangnya 90% dari perancangan beliau akan menunjukan hasil.
Teringat suatu masa dulu,bila kali pertama aku menghadiri kursus diluar…..telinga aku dapat mendengar sinis org lain…’…ala tu ILP Ipoh ler tu…standard ler kalau lambat..’ atau ‘ emm Ipoh,biasa ler…..’.Tertanya-tanya juga aku…kenapa aku disinis begini?Setelah kian lama baru aku sedar rupanya ILP Ipoh memang mempunyai rekod yg agak kurang memuaskan.
Tetapi itu 3 tahun dulu…sebelum kedatangan ‘Iron Lady’ ini.Setelah hadirnya Pn Rosnah kedalam organisasi ILP Ipoh,perubahan besar telah dilakukannya.Baik dari segi pentadbiran,pembangunan insfrasuktur mahupun pembangunan diri warga institut ini.Memang wajar beliau digelar Ibu Pembangunan ILP Ipoh.
Kini ILP Ipoh tidak lagi disinis sebaliknya dipandang tinggi walau dalam apa acara sekalipun.
Aku juga amat2 berterima kasih kerana beliau ‘faham dan nampak’ apa yang ada dalam fikiran aku dan apa kemampuan aku. Sebagai Pengarah,beliau memberi kebebasan untuk aku melahirkan idea dan membantu aku dalam melakukan kerja.Pelbagai jawatan dan arahan dipertanggungjawabkan kepada aku tanda beliau menghargai akan kemampuan yg aku ada.(walau pun kadang2 aku yg tak mampu menunaikannya). Beliau merupakan mentor aku secara tidak langsung.Jika ikutkan perasaan dalam diri aku ini,biarlah beliau terus disini,namun aku harus sedar….aku tidak boleh mementing diri sendiri.Selain dari kenaikan pangkat beliau juga sedang menyambung pengajian PHDnya di Selatan Tanahair,dengan perpindahan ini sedikit sebanyak mengurangkan kesukaran beliau dari segi masa dan jarak untuk beliau ke kuliah.
Akhir coretan…moga Pn Rosnah terus terbilang walau dimana berada, walau apa jua yang dilakukan. Doa kami mengiringi Puan.






































