perniagaan internet

Untuk Menerima Email dari Saya Isikan Form Ini

Name:

Email:

Dimana Bumi Di Pijak

‘Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung’ kata pepatah lama.Begitulah juga bagi kerjaya kita ini terutama kami sebagai kakitangan awam yang sentiasa berubah samada tempat kerja mahupun sesama rakan sekerja.Apatah lagi dengan pertukaran ketua pejabat atau pengarah kerana bersara atau kenaikan pangkat.

25hb Januari 2208,sekali lagi ILP ipoh mengalami pertukaran Pengarah apabila Pengarah sebelum ini Pn Rosnah Mohd Tahir telah dipindahkan ke ILP Kuala Langat atas kenaikan pangkat beliau.Tahniah atas kenaikan pangkat tersebut.

Pn Rosnah

Cemburu kami disini(ILP Ipoh) kerana kami ‘tidak memiliki’nya lagi.Begitu banyak pembaharuan yg telah dilakukan,walaupun pada perkiraan beliau(quote dari ucapan perpisahan beliau) ‘hanya sempat melakukan 40% dari apa yg dirancang’.Aku percaya jika ada 5 tahun lagi beliau disini pasti sekurang-kurangnya 90% dari perancangan beliau akan menunjukan hasil. Read more »

Kursus JPA anjuran Intan Sarawak

Pada 15 hingga 18January beberapa orang Pegawai2 Kerajaan termasuk aku menghadiri kursus Komunikasi Berkesan dan Pengurusan Fail di Kuching.Kursus diadakan di Merdeka Palace Hotel.

Jadual kursus yang agak padat membantutkan berahi untuk berjalan2 melihat tempat org.Kelas sampai jam 11 huhu. Nasib baik sehari sebelum akhir kursus urusetia kursus mengubah jadual bagi membolehkan kami peserta kursus melihat bandar raya Kuching.(Dapat ler merasa Mee Kolok,Mee Sapi dan Teh C Peng).

Mee Sapi Dan Teh C Peng

 

Gambar2 boleh lihat di Forum.

Dari Dia Kita Datang….

Innalillah….

Sesungguhnya setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - “Kullu nafsin zaiqatul maut” Firman Allah.

Dalam 2 purnama ini keluarga saya diduga dengan kembalinya 2 saudara terdekat ker Rahmatullah.Pada 30hb Dec yg lalu(sekembali aku sekeluarga dari Melaka),bapa saudara aku meninggal dunia di Slim River.Bergegas aku membawa emak ke sana,walau letih masih tak hilang.Kehilangannya tidaklah begitu menyentuh perasaan kerana pertamanya arwah sudah berumur.Keduanya arwah adalah ipar kepada mak,jadi kami kurang mesra.

Namun baru2 ni semasa aku berkursus di Sarawak.Sedang aku minum malam bersama rakan2 aku menerima panggilan tel dari isteriku mengatakan abgnya sedang nazak di Hospital Taiping.Hah! terkejut aku…usianya baru lepas 2 hari 39tahun.Anak2 masih kecil.Dia meninggal kerana terdapat darah beku dikepala akibat dari tekanan darah yg melampau(High Blood Pressured). Aku terkedu seketika waktu tu…Aku biarkan masa berlalu begitu saja,teman2 tidak ku layan,panggilan tel tidak kujawab apatah lagi msg yg singgah ke tel aku……

Macam2 berada di fikiran aku…rasa kesal sangat kerana tidak dapat bersama2 mereka pada waktu ini.Aku tak dapat melelapkan sikit mata pun mlm tu.Jam 3 isteri aku terpaksa ke Taiping apabila pembedahan yg dirancang akan dijalankan di Hospital Ipoh dibatalkan kerana keadaan yg terlalu krital.Isteri tinggalkan anak2 aku dirumah mak,memandu dia sendirian ke taiping,(terasa ati sangat aku mlm tu bila adik aku tidak menemani isteri aku ke Taiping).

Tepat 9.04 pagi 17 Jan 2008….isteri ku memberi msg ‘nyah dah xde…..’ Innalillah…

Kenangan2 bersama arwah bermain di kepala….terbayang wajah2 anak2nya….aku tidak dapat menahan sebak…..(teringat jika aku lah yg terbujur kaku itu bagaimanakah anak2 ku…..). Read more »

Drag4Fun-Update

 Seperti dijanjikan Video dalam bentuk DVD bagi acara Drag Kg Gajah anjuran Team Fast4Ward telah siap diterbitkan.Tempahan boleh dilakukan dengan menghubungi 0194294734 atau 0175599632 Aliff.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………

kami fast4ward akan anjurkan aktiviti permotoran 2008 DRAG4FUN di litar kg gajah….
kami akan anjurkan drag race sejauh 300meter…. yuran kemasukan rm 100sebijik kete( CLASS A HINGGA i) .. kete mestilah on the road car….. tayar fully slick tak leh guna…. corak pertandingan kalah mati…… category kete yang bertanding….
A. 660 turbo
B. 850 - 1300 turbo
C.850- 1300 N/A,1500 N/A SOHC
D. 1.5 4G91 - 1.6 N/A , 1.6 LEVIN
E. 1.8 N/A
F. 1.6 mivec, , 1.6 four trottle and supercharge
G. 1.6 VTEC, 1.8 VTEC and 1.8 Mivec
H. 2 wheel Turbo and 2.0 VTEC
I. 4 wheel TURBO
J. 2WHEEL& 4wheel OPEN (BODY RENTUNG) (REG FEE RM100.. BOLEH PAKAI FULLY SLICK)

waktu pendaftaran 7.00 pagi - 9.00 pagi.
7.00 pagi hingga 9.00 pagi free running….

untuk keterangan lanjut sila hubungi :-
along mirage :0125231900
:- along mira :0175533136
:- sani gti : 0125747878

OFFICIAL MAGAZINE : ON THE ROAD

Gegaran Tahun Baru

Gempar!

Negara Islam Hadhari terus digemparkan dengan pendedahan video lucah Menteri Kesihatan Dr Chua Soi Lek(mcmna ler video dia di’periksa kesihatan’ oleh teman wanitanya boleh rakam?).Dr Chua membuat pengakuannya ’saya lah orangnya’ di hari lahirnya yg ke 61 tahun seterusnya memohon maaf kepada semua lapisan masyarakat Malaysia.

Sehubungan kenyataan itu pelbagai pihak memberi reaksi pro dan kontra.Apa pun masyarakat negara ini masih berpegang kepada tatasusila,perlakuan ini tidak dapat dimaafkan oleh rakyat.Walaupun ada yg berpendapat itu adalah kehidupan peribadinya(lagipun beliau bukan org Islam),namun rakaman itu mengocak nilai2 ketimuran yg dipegang oleh rakyat Malaysia.Beliau perlu bertanggungjawab dan perletakan jawatan adalah yg paling wajar.

Ternyata rakyat Malaysia tidak menerima permohonan maafnya.Lantaran dengan itu Khamis 3 Jan 2008 Dr Chua Soi Lek meletakkan semua jawatan yg dipegang baik didalam parti MCA dan kerajaan.Tindakan ini disambut baik semua pihak termasuk PM ketua Islam Hadhari sendiri yg terpaksa menelan satu demi satu masalah dalam kabinetnya yg kian membusung.Moga Pak Lah akan menerima sesuatu yg mampu memberi ia kekuatan mengetuai Angkatan BN berjuang dalam Pilihanraya Umum akan datang.

Selamat Tahun Baru

Selamat tinggal 2007 selamat datang 2008.Semoga tahun baru ini memberi kita ruang waktu yg cukup untuk kita memperbaiki dan memajukan diri.Apa azam tahun baru?Persoalan yg sering diutarakan bila tahun baru menjelang.Bagi aku azam sekuat cita-cita.Aku akan berusaha keras untuk mencapainya.(walaupun azam tahun lepas belum berjaya terlaksana sepenuhnya).Untuk tahun ini,aku berazam untuk menyudahkan azam tahun lepas,mengesan dan melakukan penambahbaikan atas setiap usaha yg telah dilakukan.

Sekurang2nya azam aku untuk berjaya dalam dunia E-biz ini akan membuah hasil.Sekurang2nya azam aku untuk memberi lebih masa kepada keluarga akan terlaksana.Sekurang2nya azam aku untuk menjadi pekerja yg cemerlang akan terkota.Sekurang2nya……sekurang2nya……(amboi banyak azam).

Jumpa lagi di coretan tahun 2008 dengan ucapan jagalah kesihatan diri anda.