perniagaan internet

Untuk Menerima Email dari Saya Isikan Form Ini

Name:

Email:

Lapuran J2MD

Lapuran tak formal je ni….Sekadar berkongsi sedikit pengalaman semasa bercuti baru2 ni.

Awal pagi 26 Dec aku dan isteri bangun untuk solat subuh dan menyediakan sedikit makanan untuk sarapan.Kami bersama2 menyediakan lauk ayam masak merah dan daging masak kicap untuk dimakan dengan nasi putih.Kami bawa bersama rendang tok(masakan perak ni) yg dibeli semalamnya.

Kejutkan anak2 dan bersiap.Rancangan awal hendak memulakan perjalanan sebaik matahari terbit,lewat juga maklumlah merancang dengan budak2.

 

Sebelum memulakan perjalanan

Read more »

Jalan2 Mencari Diri

Hehe tajuk per ni?Emm sebenarnya kami sekeluarga merancang nak berjalan2 pusing Semenanjung.Tapi tapi banjir pula melanda Pantai timur Negara.Jadi kami mengubah perancangan untuk ke Melaka sahaja.Eh tu melancong namanya.Emm Apa kaitan melancung ngan tajuk ni?.

Sebenarnya,dalam kertas kerja nak berseronok melancung tu,kami bertekad untuk menyemai benih2 keimanan dalam diri kedua putera kami serta diri kami sendiri.Ibarat seperti Jemaah Tabligh keluar 3 hari.(siapa pernah mengikut jemaah karkun ni tau ler apa dia keluar 3 hari,30 hari dan sebagainya).

Rancangnya….kami akan cuba tidak melengahkan solat dalam setiap waktu.Sentiasa berkeadaan berwuduk dan akan cuba berhenti di masjid2 bersuaikenal dengan jemaah setempat.Moga kami diberi kekuatan untuk melakukannya.

Eleh…pe susahnya…senang je tu….sekarang pun leh dok buat pe? . SabdaNabi SAW…”sesungguhnya yg berat itu adalah mendirikan solat.”.JikaNabi pun risau akan umatnya meninggalkan solat apatah lagi kita dizaman ini.Tambahan bila pergi melancung kemana2,ramai yg mengabaikan solat.Lihat saja di surau2 Hentian Plus,berapa ramai yg berhenti untuk menunaikan solat baik fardhu atau Jamaq sepanjang perjalanan balik ke kampung di musim perayaan atau bila2 saja.Bertitik tolak dari kesedaran itu lah maka kami rancang perjalanan ini.Eh itu pun nak bagitau ker?.Aku tulis di blog ni untuk buka fikiran kepada sesiapa yg sedar dan yg ingin sedar.Secara tidak langsung tulisan ini sebenarnya menjadi peringatan kepada kami sendiri.Manalah tau sedang asyik melihat kain di Nilai 3 hingga terlupa azan asar berlalu.Hehe.Jadi coretan ini untuk semua…ingatan buat semua.

Insya Allah akan saya updatekan coretan sepanjang perjalanan kami nanti.Nantikan ye….Dari 26 Dec hingga ….bila xtau lagi(ikut bajet yg tinggal hehe)

Nantikan coretan perjalanan kami ini ye….:)

Doakan perjalanan kami ini selamat pergi selamat balik.Serta doakan juga setiap yg dirancang itu diRahmati Allah dan berjaya kami laksanakan.

Letak Gambar Di Forum

Anda ingin berkongsi gambar2 kenangan anda dengan org lain?(no 18sx ye).Tidak tahu bagaimana hendak meletak gambar di Forum Boards?Hendak lihat dan beri komen pada gambar2 ahli forum yg lain?

Lihat contoh di Forum saya…(ada pelbagai gambar termasuk staff/student ILP Ipoh..hehe)
Bagaimana cara upload gambar?Klik disini.

Sertai lah Forum Benithmail Dot Com…Menambah Kenalan Berkongsi Pengetahuan.

Puan Rosnah Pengarah ILP Ipoh

Selamat Hari Raya Qurban

SEJARAH dan HIKMAH QURBAN

Qurban wajib bagi orang yang mampu atau berkemampuan tetapi apabila tidak melaksanakannya, Nabi Muhammad mengingatkan :
“Barang siapa yang sudah mampu dan mempunyai kesanggupan tapi tidak berqurban, maka dia jangan dekat-dekat ke mushallahku.” Hadis tersebut merupakan sindiran bagi orang-orang yang mampu dan banyak harta tetapi tidak mahu berqurban.

Sejarah qurban dibahagi kepada tiga, iaitu: zaman Nabi Adam As; zaman Nabi Ibrahim As; dan pada zaman Nabi Muhammad

Ketika zaman Nabi Adam As, qurban dilaksanakan oleh putra-putranya yang bernama Qabil dan Habil. Kekayaan yang dimiliki oleh Qabil mewakili kelompok petani, sedang Habil mewakili kelompok penternak. Saat itu sudah mulai ada perintah, siapa yang memiliki harta banyak maka sebahagian hartanya dikeluarkan untuk qurban.

Sebagai petani si Qabil mengeluarkan qurbannya dari hasil pertaniannya dan sebagai peternak si Habil mengeluarkan haiwan-haiwan peliharaanya untuk qurban. Diterangkan dalam sejarah, harta yang diqurbankan itu disimpan di suatu tempat yaitu di Padang Arafah.

Qabil dan Habil mempunyai sifat yang berbeza. Si Habil mengeluarkan haiwan yang diqurbankan dengan tulus ikhlas yang mana haiwan yang dipilih gemuk dan sihat. Manakala siQabil, memilih buah-buahan yang busuk. Ketika keduanya melaksanakan qurban, ternyata yang habis adalah qurban yang dikeluarkan oleh si Habil sementara buah-buahan yang dikeluarkan si Qabil tetap utuh, tidak berkurang.

Hal ini dijelaskan oleh Allah dalam Al-Qur’an surat Al-Maidah ayat 27 : “Ceritakan kepada mereka kisah kedua putra Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan qurban, maka diterima dari salah seorang dari meraka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil), Ia berkata : “Aku pasti membunuhmu!” Berkata Habil ” Sesungguhnya Allah hanya menerima (kurban) dari orang-orang yang bertakwa”. Read more »

Penternakan Kambing

Sedikit info mengenai baka kambing Jamnapari.

Kambing Baka Jamnapari berasal dari kawasan Sungai Jamuna di daerah Etawah, dalam negeri Uttar Pradesh, India. Baka kambing ini adalah di antara baka kambing terbesar di India dan sangat tahan lasak serta bersifat dwi-fungsi dipelihara untuk bekalan daging dan susu.

Jamnapari juga di ketahui seluruh dunia dalam fungsinya meningkatkan dan memperbaiki kualiti kambing keturunannya seperti kambing Anglo Nubian dan Damascus.Di Malaysia, kambing telinga panjang ini pernah popular sekitar tahun 70an, dan baka nya di bawa daripada India.

Namun populasinya semakin berkurangan disebabkan oleh penghijrahan penduduk ke bandar dan kurangnya minat generasi baru dalam bidang penternakan. Di Indonesia baka ini di panggil kambing Etawah dan mula diperkenalkan oleh pihak Belanda untuk memperkayakan kawasan lembah di Indonesia.

Pada tahun 1975 import baka induk di bawa masuk ke Indonesia, di biak dan di edar secara meluas kepada penternak hingga populasi kambing baka ini kini mencecah jutaan ekor dan populasi terbanyaknya berada di kepulauan Jawa. Read more »

PC Fair Di KLCC

Pada 7 hingga 9 Dec PC Fair berlangsung di KLCC.Saya ditugaskan menjadi pengajar pengiring bersama En Param membawa 35 pelatih kursus ICT sebagai satu lawatan bagi memberi pendedahan kepada mereka akan sesuatu yg baru di bidang ICT ini.Sempat juga saya merakam beberapa keping gambar.(Org ramai sangat,tidak boleh ambik gambar banyak keping).

Gambar2 boleh di lihat di Forum BenIthmail Dot Com.

Rahsia Menjadi Bapa Berkesan

BEBERAPA kajian menunjukkan bahawa kehadiran ayah menyumbang terhadap kejayaan anak dalam setiap fasa kehidupan mereka. Kajian itu disimpulkan dalam Father Facts, Edisi - Ketiga (1998), antaranya:

  1. Bayi yang mempunyai ayah yang selalu bersama-sama anaknya di lapan minggu pertama, lebih berkemampuan menangani tekanan di alam persekolahan.   
  2.  Anak yang rapat dengan ayahnya pada zaman kanak-kanak menjadi ejen`penyelesai masalah’ yang baik apabila dewasa berbanding kanak-kanak yang tidak dipedulikan oleh ayahnya.                            
  3.  Apabila anak lelaki dan perempuan dididik dan dibelai oleh ayahnya serta sentiasa di sampingnya, sikap mereka apabila dewasa menjadi lebih berinisiatif dan mampu mengawal diri.                              
  4.  Kanak-kanak yang mempunyai hubungan rapat dengan ayahnya ketika zaman tumbesarannya akan menjadi seorang remaja dan orang dewasa yang seimbang.                                                             

Anak yang tidak berbapa.  
Kajian menunjukkan kekosongan daripada belaian kasih ayah mempunyai hubungan rapat dengan pelbagai permasalahan gejala sosial dan prestasi pembelajaran anak-anak. Anak yang tidak tinggal dengan ayahnya menunjukkan gejala seperti di bawah:

  1.  Lima kali lebih teruk prestasi pembelajaran.  
  2.  Tiga kali lebih ramai yang mengandung tanpa nikah.
  3.  Lebih 50 peratus kemungkinan keciciran dalam pembelajaran,terbabit dengan gangsterism, penyalahgunaan dadah dan jenayah juvana.   Read more »

Gambar Konvo ILJTM Utara

Dalam kesibukan final exam pelatih2 ILP sempat saya loadkan gambar2 sekitar Majlis Konvo haritu.(Budak2 ni kalut nak tgk….).Banyak lagi gambar2,akan saya CDkan.(Nak bayar….hehe).

Ok ler…tgk kat sini ye.Klik Forum Benithmail. Jgn lupa jadi ahli ye.Leh tambah2 posting,komen,gambar dan sebagainya.

Sekali lagi Klik Forum.