perniagaan internet

Untuk Menerima Email dari Saya Isikan Form Ini

Name:

Email:

Sesekali….

Sesekali di jalanan terasa juga jemu,
Sesekali memandu terasa juga ingin laju,
Sesekali keseorangan terasa juga merindu,
Sesekali bersama terasa juga nak buat tak tahu.

Eh ayat per ni?Hehe saja je.Nak faham kena baca dari sudut berbeza.Biasa ler elemen sastera melayu.

Cuba renungkan sesekali….

Read more »

Malam Bintang Merdeka ILP Ipoh

Tepat jam 9 mlm tadi,dengan kehadiran Puan Pengarah,kakitangan serta pelatih ILP Ipoh,Malam Bintang Merdeka telah berlangsung dengan penuh semangat kemerdekaan.Persembahan yg merupakan pertandingan Karaoke Patrotik,Deklamasi Puisi Merdeka serta Poster telah disertai oleh pelatih2 yg berbakat.Malam Bintang Merdeka diakhiri dengan penyampaian hadiah pemenang oleh Puan Pengarah.Hadiah tempat ke3 teratas bagi setiap kategori merupakan wang tunai yg agak lumayan.

Ternak Jaya

Tahniah buat En Omar,Jiran belakang rumah saya yang berjaya menternak kambing dari perbagai jenis terutama Kambing Boer. Saya curi2 perhatikan bagaimana En Omar uruskan kambing2 nya. Payah juga rupanya. Makanannya,kandangnya,Kebersihannya semua kena jaga.Siap kena mandikan tiap ptg lagi tu.(siapa kata kambing takut air?). Abg Ipar saya juga berminat menternak kambing ni,jadi mungkin artikel blog saya ni dpt beri dia gambaran awal sebelum dia(juga sesiapa yg berminat) pergi kursus penternakan kambing ini nanti.
Oh ya….maklumat rasmi tentang penternakan kambing ini boleh juga dilayari dari web2 berkaitan seperti dari infoternak dan Risda serta blog kambing boer.

Jika Boleh Dikatakan Kesilapan

Dalam kita rancak menyambut hari kemerdekaan Malaysia yg ke 50,kata org Jubli Emas.Namun masih agak ‘kekok’ untuk kita memperkatakan tentang pelbagai kesalahan dalam penggunaan bahasa Malaysia.Jika kita perhatikan,duit yg makin pantas ini turut mempengaruhi kesalahan ini.Lihat sahaja tulisan di email mahupun SMS di tel.Pasti kita jumpa singkatan2 perkataan yg ‘terlalu singkat isinya’.Contohnya ’saya’ ditulis ’sy’,'aktiviti’ ditulis ‘xtvt’ dan sebagainya.Itu belum termasuk perkataan inggeris yg dimelayukan atau perkataan baru yg disesuaikan dengan keadaan semasa.Contohnya ‘berani tak..’ diucapkan ‘ada bran…’,'lawanya dia…’ diucapkan ‘ cun siot…’ dan sebagainya.Kesalahan2 ini sebenarnya mempengaruhi kesilapan tatabahasa dan budaya berbahasa terutama jika digunakan dalam peperiksaan utama seperti PMR,SPM dan sebagainya.Mungkin Dewan Bahasa ada jawapan bagi senario ini…. Read more »

Aduhai Perut Aduhai Nasi Lemak

Hari ini sempena program ’sihat sepanjang hayat’ di ILP,saya turut memeriksa tahap kesihatan saya.(Cuma tak check kandungan gula dalam darah je sebab takut kena cucuk ngan jarum hehe).Keputusannya?

Dengan ketinggian 176cm dan berat badan 90.1kg saya mendapat BMI 29.1 dengan perkiraan lemak sebanyak 25.4kg.Jadi,saya dinasihatkan menurunkan berat badan sekurang2nya 6.1kg dan lemak dikurangkan 19.3kg.Adus….overweight ler aku ni….:(
Awal tahun(sebelum kursus pedagogy 3 bln) berat badan dah ideal dengan 84kg.Lepas kursus terus naik ke 90kg.Aduhai perut aduhai nasi lemak….dua2 sayang.

Yang lebih mengusarkan adalah saya dinasihatkan terus memeriksa tekanan darah saya di Hospital apabila pemeriksaan tekanan darah hari ini telah ‘melepasi border amaran’ dengan catatan 149/91.Arghh! alarm dah menyala.Mcm na erk?Saya nak pergi hospital yg malas tu.(Biar dulu ler…nanti2 pi check hehe). Read more »

Apa Khabar Org kampung & Jom Tak Nak Merokok

Pejabat Kesihatan Daerah Kinta dengan kerjasama ILP Ipoh melancarkan progaram Sihat Sepanjang Hayat Bersama Pemimpin Masyarakat,”Apa Khabar Org Kampung” dan Jom Tak Nak Merokok Pada Khamis 23 Ogos Ini.
Aktiviti sepanjang hari ini dimulakan dengan Senamrobik tepat jam 7:30 pagi di Padang Kawad ILP Ipoh.Turut diadakan,konvoi Cavalcade dengan kenderaan 4WD serta perasmian jam 8:15pagi.Semua acara pameran dan ceramah serta perasmian akan diadakan di Dewan Sri Kledang ILP Ipoh bermula jam 10:00pagi.Antara aktiviti lain adalah ceramah “Impak Rokok Pada Kesihatan”,pameran ADK(Agensi Dadah Kebangsaan),klinik berhenti merokok,Saringan HIV(tanpa Nama),Pemeriksaan kesihatan serta gigi.
Keluarga Kakitangan Serta Pelatih dijemput hadir.

p/s: ini lah masanya untuk yg merokok mendapatkan sedikit kesedaran bahaya merokok seterusnya menyertai klinik berhenti merokok agar anda dapat meninggalkan rokok dan terus jalanin kehidupan sihat.Katakan ” JOM TAK NAK MEROKOK!”

IniLah Lirik Negarakuku

Inilah lirik yg dihasilkan oleh SiCela** Namewee yg dikatakan belum matang.Liriknya nyata menghentam kerajaan,org Melayu(Islam) dari segenap segi.
Setakat ini kerajaan masih membatu walau hari2 kita dengar desakan dari beberapa pemimpin negara.Namun apakah suara desakan ini sekadar untuk jadi jaguh media?Apakah tindakan selanjutnya?Mahu tunggu Pak Lah????
Emm…

terjemahan oleh laocai99

ILoveMyCountry - Negarakuku


Negaraku
Negarakuku
Negaraku
Negarakuku
Negaraku
Negarakuku
Read more »

Takziah.

Seorang pelatih ILP Ipoh telah pulang ke Rahmatullah tgh hari tadi di Hospital Besar Ipoh.Jenazah di mandi dan disembahyangkan di Surau ILP Ipoh.Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org2 yg soleh.
Ucapan takziah boleh ditulis di Forum ini.
Al-Fatihah.

Next Page »