perniagaan internet

Untuk Menerima Email dari Saya Isikan Form Ini

Name:

Email:

Parking Oh Parking

Pakej Web Jualan

Hari ini saya pergi ker KPT di Putrajaya.Jenuh berpusing cari parking.Kebanyakan kereta di parking di tepi jalan. Tertanya-tanya juga saya ini salah siapa.Sikap pemandu yg parking sesuka hati juga menjadi satu sebab utama. Mentaliti masih didunia ketiga walaupun prasarana dunia pertama. Tetapi dari satu segi pula,saya perhatikan tempat parking yg disediakan

 

kebanyakkannya khas untuk kakitangan kementerian terbabit.So,dimana untuk pelawat meletakkan kenderaan mereka?emm susah gak ye.Fikir-fikir…..

Final Exam


Salam sejahtera semua.

Minggu ini minggu peperiksaan akhir bagi seluruh ILJTM di Malaysia.Pertama kali digunakan soalan sepusat dikeluarkan oleh Jabatan di Putrajaya.
So,selamat menjawap bagi semua pelatih.

Gambar lain tgk di sini.

Dadah Bentuk Baru.

Syabu,Ice,kristal dan seangkatan dengannya….biar apapun gelarannya, dadah jahanam ini amat meluas penggunaannya sekarang sehingga menjadi gejala yg seolah tidak boleh dibendung lagi. Dari penagih tegar(yg dulunya mengambil ganja) sehinggalah kepada golongan terpelajar dan VVIP elit. Apakah dadah ini?
3 bentuk /nama utama iaitu:
1. METHAMPHETAMINE -dikenali sebagai syabu, ice, batu kristal, kaca diamond.
2. AMPHETAMINE - tujuan asal untuk perubatan perangsang kepada sistem saraf pusat, menahan rasa mengantuk dan keletihan
3. MDMA(METHYLENEDIOXYMETHATAMINE), PIL ECSTASY(XTC) - pink lady ; playboy.

Apakah kesannya sehinggakan pelbagai golongan mendampinginya?
Jangka masa pendek kesannya tidaklah menampakkan sangat akan keburukannya.Antara kesan jangka pendek adalah boleh berjaga 2-3hari,lebih berkeyakinan,tidak rasa lapar malah mampu bercakap banyak.
Tetapi kesan jangka panjang yg golongan2 ini lupakan/tidak mahu ambik tahu adalah ia memberi kesan kepada penyakit saraf,rasa bimbang yg berpanjangan,hilang daya ingatan malah boleh membawa maut.

Rujuk ADK untuk maklumat lanjut.(cerita lebih pun puak2 ni bukan nak ambik pusing tapi bacaan ini amat penting bagi golongan yg belum atau baru hendak mencuba2).

Tahniah Rakyat Malaysia!!!

Sabtu Ini rakyat Malaysia akan mendapat ‘ibu baru’ atau bahasa standardnya 1st Lady apabila PM kita Pak Lah akan bernikah.Buka ura2 sebaliknya kenyataan.Nantikan link rasmi yg akan saya pautkan.Tahniah Pak Lah.Moga berbahagia dan terus berbakti kepada rakyat jelata.

Ditindih Hantu.

Jika saya tanya sapa yg penah kena tindih hantu semasa tidur pasti ramai yg menjawap pernah.Namun apakah sebenarnya fenomena ini? Saya tidak pernah alaminya,harap tidak akan mengalami sepertimana rakan2 saya ceritakan.(menindih dan di tindih sebelum tidur ada ler…hehe).
Mengikut cerita dari yg pernah alami fenomena ini,semasa kita tidur tiba2 kita akan rasa ada makhluk lain dalam bentuk bayangan atau lembaga hitam yg berbulu besar dan tegap akan menghempap tubuh kita sehingga kita sesak nafas dan tidak mampu menggerakkan anggota badan malahan tidak mampu bersuara meminta tolong.(emm sesak nafas bacanya ye…hehe).
Baik lah…di sini saya akan terangkan fenomena ini dari segi sains(tanpa prajudis terhadap kepercayaan org lain) bahawa fenomena ini dipanggil ’sleep paralysis’. Read more »

Tips Dari PDRM

Dipetik dari email yg dihantar ke email saya. Harap sedikit sebanyak boleh menjadikan panduan cegah jenayah untuk kita.999 melaporkan….

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka
mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).
2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum
tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis
mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk
melindungi diri mereka).
3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada
tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).
4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di
waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.
5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara
lama…).
6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and offkan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).
7. Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah
masuk ke dalam rumah. Read more »